Oct 21, 2012

6 months to go



Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
- macam dah bincang je :P

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
- Bride's side : Kenduri by Parents, everything else diri sendiri lor.
- Groom's side : Kenduri and goodies by Parents, everything else pun sendiri.

Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
- Bride's side : kemungkinan RECSAM, tapi belum book (risaunya!)
- Groom's side : Dewan AU2 Keramat, Kuala Lumpur

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
- MUA Nikah - Palestina (MUA Tunang)
- MUA Bride's Reception - macam nak ambik Palestina jugak tapi takpe, survey dulu
- MUA Groom's Reception - maybe ambik kawan Man, kat KL je.

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
- tengah survey lokasi yg sesuai

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
- Kursus Pra Perkahwinan booked on 3rd & 4th Nov, Setiawangsa

Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
- since now I already booked my reception dress, I can now plan my theme colour!

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
- Nikah : Baju Nikah belum tempah, both. Need to tempah custom made shawl also.
- Bride's Reception : Tradisional.Sabtu lepas letak deposit.for a champagne dress.and groom's baju pengantin yg mcm baju Tomok :D (actually cakap nak cari dengan Mother kat Penang tapi dah terbekenan.hope Mother tak marah hehe)
- Groom's Reception : tunggu dulu.maybe pergi cari dengan future PIL.

Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. 
- I think dah finalise kot.

Latest update :
1. my handbag has reached Malaysia!erm, the only barang hantaran to start off with. haha
2. HIV test booked on 21st Dec 2012
3. now currently tengah review quotation photographers.
4. I think we're on track, kot. 
5. so now, I have 
   a) photographers, 
   b) MUA, 
   c) baju nikah, 
   d) barang hantaran, 
   e) groom's side punya dress,
   f) kad kahwin,
   g) theme colour
   h) perkara rasmi (submit borang nikah,interview dgn kadi,and book kadi)
   i) pelamin and deco hantaran
   j) goodies
... to worry about :)

by the end of November mungkin dah boleh settlekan booking photographers, set theme colour or maybe booking pelamin.
perkara rasmi by February baru boleh buat sebab kebenaran bernikah valid 3bulan saja.
hal2 entertainment such playlist lagu masa majlis, kompang, marching band or kereta pengantin boleh dibuat kemudian.

I think we're kinda good, masih lagi on track sebab dapat bakal pengantin yg emosi dan mudah histeria apabila persiapan tak ikut timeline :P

Alhamdulillah dapat partner yg tak merungut, and wedding planners tak berbayar yg redho je walaupun terpaksa bersila di butik.haha

setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Oct 16, 2012

Judge Rationally Please



"Anda mungkin jarang mendengar nama Qazem Nor yang merupakan seorang pelakon yang telah terlibat dengan dunia lakonan sejak 9 tahun yang lalu.
Pelakon lelaki ini di’jadualkan untuk bernikah pada 20 Oktober 2012 ini dan satu majlis resepsi yang mendapat tajaan penuh bakal berlangsung pada hari yang sama.
Namun, pihak penaja Mawex Sdn Bhd yang juga penganjur Malaysia Wedding Expo 2012 telah menarik diri & membatalkan penajaan atas alasan masalah kewangan.
“Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober yang lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos”

“Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya”
Laporan Harian Metro hari ini juga menyebut yang Qazem Nor telah membuat laporan polis pada 14 Oktober lalu dan berniat untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit sebagai satu pengajaran buat mereka. Hmm."


sumber klik SINI

bila aku baca cerita ni, aku rasa kesian dekat Qazem ni.
letak tepi dia artis suam2 kuku ke, tak famous ke, but still, dia pun orang.
situation ni tak adil bagi dia.
orang cakap dahla artis suam2 kuku, harapkan penajaan je, tak ada duit nak buat wedding sendiri, nikah sudahla.

here's the situation.
Malaysia Wedding Expo atau MAWEX dah berjanji untuk menaja majlis perkahwinan dia, lantik dia jadi duta, siap panggil buat press conference semua.
si Qazem ni dapat sponsorship,MAWEX dapat copyright atas semua gambar wedding, pelamin, caterer semua untuk tujuan promosi depa, secara tak langsung status dia as a pelakon walaupun tak famous sedikit sebanyak akan membantu marketing MAWEX. I think it's a win-win situation.
tiba-tiba seminggu sebelum majlis, MAWEX ni cakap nak cancel sponsorship atas sebab gerai-gerai expo tak dapat sambutan.
like hello, this is someone's wedding you're talking about.
you can't just cancel it whenever you feel like it.

put it this way.you have like RM20k untuk buat majlis.tiba-tiba seminggu sebelum majlis, caterer call, "eh saya tak boleh buatla catering majlis awak sebab saya tak cukup pekerja"
yes, you still have the 20k but mana nak cari caterer?kalau ada pun mungkin dia ketuk kaw2 sebab dia tau kita desperate. in the beginning, 20k cukup untuk 2000 tetamu, but disebabkan the hassle earlier, 20k now cukup untuk 800 tetamu je.lg 1200 yg kita jemput tu nak campak mana?

Orang yg komen sesedap oren je tu mungkin belum melalui sudah selesai berkahwin atau fasa hendak berkahwin macam aku ni.
Wedding wedding okay, aku tak bercakap pasal marriage is not about the pengantin saja.
tak semudah,"ah kalau majlis tak jadi, kau nikah sudahla, tu yg penting"
then katakanlah ada 1000 jemputan yg dah dijemput dan diberi kad, mcm mana nak bagitau semua 1000 jemputan tu?call sorang2,pastu cakap,"hello, majlis kahwin I tak jadi la 20hb ni, jangan datang tau"
then, macam mana dgn maruah parents kita yg dah beriya2 ajak kawan2 dia seantero negara.
adik-beradik kita, saudara mara, kawan2 yg mana dah booking hotel/flight tickets nak datang wedding kita?
it's not that easy okay.

kalaupun dia ada duit sendiri, mana nak cari caterer and dewan dalam masa 6 hari?
you think caterer nak layan ke?
dewan sudahlah, kalau kau tak cari setahun sebelum, memang harapan tu tipis sangat dah. 
jangan cerita lah pasal pelamin, baju pengantin, mekap, goodies, photographers.
lepas tu macam mana nak bagitau semua jemputan, venue dah tukar dari dewan A to dewan B?
it's not all about the money, you know. duit boleh cari, maruah cannot.

bila dalam planning kau nak kahwin tu, kau kena libatkan hampir semua orang yg berkenaan dengan hidup kau, banyak benda kau kena consider, banyak hati kau nak kena jaga.
same goes kalau kau nak call the wedding off, you've got to take everything into considerations.

aku setuju si Qazem ni nak sue. at least for his dignity. tapi salahnya si Qazem ni, he got no plan B, tak ada contingency plan. tu je lah.

lastly, bagi yg sesedap oren kau je nak komen "yg wajib tu nikah, bukan sanding besar-besaran", if you really got balls, go tell your freaking statement to your parents la woi! tengok kalau kau tak dapat lempang, mungkin dapat kaki.

bak kata Mother, " aku bela hang besaq2, jadi orang elok2, hang konon nak buat nikah saja, ingat aku tak mampu nak buat majlis nak jamu orang?"

sekian.


setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Oct 15, 2012

Health Benefits of Love


Love is Literally Good for Your Heart
Researchers at Yale University found that the feeling of love actually promotes a healthy heart. They found that those in love or who felt loved had less blockage in coronary arteries. Another study from Case Western Reserve University showed that men who were in loving relationships had lower rates of angina, and the University of Pittsburgh says women in good marriages have a lower risk of heart disease. 

Love Reduces Cancer Risk
Statistics show that cancer rates are lower in married couples. In particular, a healthy sex life may help reduce the risk of prostate cancer in men. Australian research has shown that frequent ejaculation (five or more times a week) in men in their 20s reduced the rate of developing prostate cancer. A study from the University of Iowa also found that women who had more loving connections in their lives had more white blood cells and were better equipped to fight ovarian cancer. 

Sex Relieves Stress
Good sex is a great stress reliever. Not only is it a fun activity that gets your mind off of your troubles, but it has been shown to lower blood pressure and improve responses to stressors. A simple hug, which fosters a feeling of love and compassion, can also help quell a stressful situation.

Sex Makes You Sleep Better
Ever wonder why you seem to drift asleep much quicker after a steamy night with your honey?  Not only is sex a tiring workout, but it releases the perfect combination of hormones and endorphins to help you relax.

Love and Live
Being in love can increase life expectancy. Studies show that there are lower mortality rates within married couples. This might be attributed to lower stress levels and the fact that, when people get married, they often give up the riskier behavior they participated in when they were single. 

Love Kills Pain
Intimacy can help dull your pains. During a kiss, natural anesthetics are released in your saliva, helping to relieve pain. A good romp in the hay can also help soothe aches, as oxytocin (called the "love hormone") levels increase during intercourse. 

Love and Sex Improve Immunity
It has been shown that loneliness and isolation contribute to a weaker immune system. Finding love and having close relationships improves immunity and helps you heal faster. In addition, a healthy and 
active sex life improves physical health and has been shown to increase antibodies in your system, helping you fight illness and infection.

Love Boosts Self-Esteem
Having a close, intimate relationship with someone (and a good sex life) does wonders for your self-confidence and self-esteem. When you know you are loved deeply by someone, it increases your self-worth and makes you feel good about yourself. A great connection formed through sex can skyrocket your self-esteem and put a little spring in your 

Sex Can Regulate Your Period
Believe it or not, having sex can help you stay more regular. Research suggests that women who have more frequent sex (at least once a week) have higher levels of estrogen, which can help to normalize your period schedule. 

Forgiveness and Love
There is evidence that associates forgiveness with emotional, physical and mental well being. Forgiveness in your relationships can increase self-esteem, positivity and hopefulness, as well as reduce anxiety and depression.

source : HERE


setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Oct 10, 2012

Cepat atau Lambat?


"nanti dah kahwin cepat-cepat lah dapat baby"

tu antara ayat2 yg selalu aku dapat bila aku cakap aku tak sabar nak kahwin.

ikut hati,
aku memang nak baby cepat,aku ni pulak terlalu suka budak (sampai dulu sanggup kerja kat nursery)

ikut akal,
aku rasa nak hold dulu.

bukan niat aku tolak rezeki, jauh sekali nak tolak qada' & qadar Allah.
tapi aku rasa, maybe we should give ourselves some time to sort things out.
you know, 
nak lengkapkan rumah, 
nak decide about our cars (nak pakai satu kereta je ke,nak tukar kereta ke, camne ke)
nak balancekan work-life,
nak adapt kehidupan rumahtangga,
most importantly, to do all stuff we can't afford to do while we're saving for our wedding, nak bercuti berdua.

well,
here's the thing.
I met Man 13th Oct 2011, and we started dating immediately.haha.today basically it's not even a year yet since we met.
we decided to get married after 5 months we started dating.
we started saving very very rapidly 2 months after that. we cut down almost everything that a couple would do while dating.
we skipped movies, we skipped eating out, we even skipped shopping.
we usually go out for a drink only. he'll be eating at home and I'll cook simple dishes (or my dear friends will cook) and fill my tummy first before going out.
I gave up my routine going for a vacation every quarter and Man gave up his routine making up his car, going for motosport events.

we're on a very very very tight budget.

so, I would love to have some luxury with my husband after our wedding where we can just head down somewhere in the weekend and spend a night or two away from the city,
or fulfill Man's wishes to go to islands like Redang, Perhentian or Tioman.
I just would like to dine in a fine restaurants and eat fine meals,
or just pamper ourselves in spas or watching movies and theatres,
or just go shopping like no one's business,
if you know what I mean.

just the two of us, anywhere, anytime.

because a mother tweeted not long ago,
"Think about how much you love everyone in your life & then multiply that feeling by a million. That is how much you will love your baby"
when you have a baby, all the attentions goes to the baby.
no, I want all the attentions to me.
I might sound greedy but gimme a break, at least for the first few months.

My other half also agreed that we don't have to be so hasty in making babies.
we don't mind if we don't achieve 'bunting pelamin', really.

but on the other hand,
I am concerned about both of our parents, grandparents, and family (termasuk bakal uncles dan aunty).
Me and him are the eldest in our family, hence expect the excitement.

tapi segalanya berbalik kepada Allah SWT.
kalau Dia kata ya, siapalah kita nak menolak.
kalau Dia kata tidak, siapalah kita nak merungut.
semoga Allah mempermudah dan memberkati kita selalu walau apapun rencanaNya buat kita :)





setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Oct 2, 2012

199 days to go



up until today,
hanya ada beberapa perkara yg betul-betul dah confirm (InsyaAllah dengan izin Tuhan)

Solemnization Date : 19 April 2013
Bride's Reception    : 20 April 2013
Venue                    : To Be Confirmed 
                               (menangis dalam hati.entah apa jadi entah dengan dewan Restu USM tuh)

Groom's Reception : 4 May 2013
Venue                    : Dewan Keramat AU2 (dewan reception Tomok uols)

Hantaran                : Baru saja mengorder handbag berjenama idaman hati dengan bapa saudara tunang yg akan ke US esok.kalau pergi butik KLCC dengan gaya aku ni memang salesgirl dia tak layan.

barang2 lain, perfume, jam, kasut mungkin elok tunggu Christmas Sales or Year End Sale kan?
yg lain semua baru survey online.kad kahwin, baju kahwin.pelamin kita ambik kat Penang saja.
kad kahwin we've decided buat sekali je.both sides.so senang dan cheaper kot sebab quatity banyak.budget dalam 50-60cents each card,kalau dapat lah.
and photographers, tengah kumpul quotations.
so far yg dalam pengamatan aku ialah PhotoVillage (nikah + reception RM1660 je), video highlights add-on RM600 and video panjang add-on from RM800 dan mungkin ambik Disted Photography & Videography Club semula kalau harga dia berpatutan.

oh ya, kami belum ke kursus kahwin lagi.maybe lepas gaji bulan ni.
dan harus book tarikh for HIV test dalam November or December.
berkenaan hal-hal rasmi seperti Kebenaran Bernikah, kita selesaikan kursus dulu, by January mungkin dah boleh proceed for submission.

problem is, aku belum ada warna tema. like seriously, I can't figure out my favourite colours. macam tunang hari tu pun, aku bukan minat pun warna kelabu. fortunately it looked good on me.
warna busana pengantin maybe bila dah masuk butik baru boleh decide kot.then only kita decide tema majlis apa.then kena decide colour bridesmaids.

for attires, we've decided, traditional on my side and western/modern on his side.
I'm considering to rent the traditional ones and buy/custom-made the modern theme.
we'll see the best deals. I don't mind wearing rentals. apa-apa saja yg tak membazir.
kasut pun maybe pakai putih je,or silver, yg universal.beli jelah yg RM70-80 kat Payless Shoes ke hehe

satu lagi MASALAH BESAR, aku taktau nak bagi goodies apa.rasa macam nak lepas tangan kat Mother je hal goodies ni.hehe.


setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Oct 1, 2012

Video

video made with love by Fiance






setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)