Jul 24, 2013

the wedding review #4 - our invitation card

hello.

bertemu kembali ke wedding review yg seterusnya.
hari ni aku rasa nak review pasal kad kahwin pulak.

so after kes INI, kami decide untuk tukar vendor and burn the deposit. malas dahla. masa dah terlalu suntuk.
kami ke LH Creative, give them the original design and mintak diorang print kan saja. layout semua dah siap, just produce je.
kami dapat harga murah sebab LH Creative adalah client kepada makcik Man.70sen per piece. aku rasa original price dia maybe dalam RM1 kot for this design.

original design we chose from MyOnecard


and yg best sekali kami dapat cepat gila! kitorang placed order Isnin, Selasa confirmkan draft, Sabtu dah boleh ambik yooo. memang laju.
sebab tu aku tak paham kenapa MyOneCard tu kena ambik sampai sebulan setengah nak siapkan kad aku? yes maybe kat LH aku pakai cable tapi kalau tak cable pun takkan sampai sebulan setengah ye tak?

masa dengan MyOneCard tu kitorang ambik pakej yg include kotak doorgift, kotak doorgft VIP, bunting, a few hardcover cards, guest book and button badges. bila dah tukar vendor, dalam pakej cuma ada cards and bunting aje. so PIL kena lah cari kotak lain for doorgifts.

dua bunting yg kami dapat tu pun akhirnya kami lupa gantung untuk kedua2 majlis.ada lagi bergulung molek dalam kereta.haha.aku rasa nak gantung dalam bilik.haha.

so kat bawah ni lah hasil akhirnya. envelope putih, no printing sebab kalau ada printing, setem dah jadi 80sen, kalau kosong baru 60sen.jimat 20sen woo.envelope orang buang je pun.



__________________________________________________________________

orang cakap malang tak berbau, majlis bertandang terpaksa ditunda sebab Pilihanraya ke-13 and they took away the hall for polling :(
nasib baik PIL belum distribute cards lagi. we have like 800 cards yg terpaksa ditukar tarikh and lokasinya. masa tu tersangatlah serabutnya taktau nak buat macam mana. aku suggest buat kad baru tapi yg lebih simple and murah lah, yg style postcards maybe, tapi Man cakap,"mana boleh majlis you kad cantik, majlis I kad biasa"... ya we compete with each other a lot masa preparation wedding on each side HAHA

so we refer back to LH, and fortunately they're willing to change the inlays for free plus RM100 for upah tampal balik the inlays. thank God for aunty Lang, our cable.haha.

bahagian depan kad tu, yg sudah di'hot stamping' kan dengan nama and tarikh resepsi tu memang tak boleh buat apa lah. kami cari initiative sendiri, just to strikethrough the dates dengan marker warna silver. cacat, tapi that'll do at that time.janji orang tak confuse. majlis lagi 3 minggu and PIL masih belum start menjemput.

oklah, till the next review :)

Jul 15, 2013

the wedding review #3 - Henna

I don't have a proper berinai ceremony. Just panggil orang datang buat inai kat rumah je.

actually mula2 aku memang taknak berinai ukir2 ni sebab as far yg aku tanya, mostly harga cecah RM150 to RM200. boleh beli microwave seketul weh.

last2 sekali aku google a nearby henna artist, jumpa la yg kat Kompleks Bukit Jambul. went to the shop on Thursday tapi tutup pulak, so I called and asked Henna Art Design to datang rumah the next day. apakah punya sempoi, malam esok nak nikah, pagi tu baru nak lukis inai -___-"

bridal henna depa charge RM100, oklah, beza RM50 dari yg I initially asked. siap mai rumah lagi.memang kena mai rumah pun sebab nak lukis kat kaki sekali kan.kalau lukis kat kedai, jenuh pulak aku kena kaki ayam sampai balik hehe.

lukisan dia quite artistic tapi aku tak berkenan inai yg dia letak kat hujung jari aku tu. it wasn't henna actually, macam colour je. aku rasa ni la yg pelakon2 pakai untuk scene bernikah gamaknya.

but disebabkan dah terlalu lambat untuk adjust apa2, aku redho aje dengan apa yg dia buat kat tangan aku. malam lepas nikah tu aku mintak pengapit pakaikan inai yg aku bancuh sendiri untuk menaikkan seri eceh.


 haa yg oren2 ni la aku tak berkenan.not sure dia pakai colouring apa entah dalam tube.



final output :)

husband punya inai aku tak pasti siapa yg pakaikan.walaupun macam comot sikit saya bersyukur dia mau jugak pakai inai.in fact inai dia sampai sekarang tahan, dah nak masuk 3bulan nikah :)



sampai sini dulu update kali ni :)

Jul 8, 2013

the wedding review #2 : nikah's attire

so we shall move on to the next review, that is our nikah's attire.

Baju Nikah
kain nikahku dibeli di Bandung semasa family trip ke Jakarta-Bandung early last year. masa kat kedai kain tu, masuk2 je terus terpana dengan lace ni. lace dia actually color pink masam gitu. tapi bila dah dipadankan dengan lining dah jadi color peach pulak. masa beli tu, belum risik or tunang lagi pun.haha gila confident.
tak mahal pun. 5meter lace and lining tak sampai RM150 pun,rasanya dalam RM130 kot.

teringin nak buat design ala-ala ButtonsMyButtons, ada buttons berderet kat belakang dress and a bow. boleh la walaupun tak sebijik. aku tempah dekat Weddings Galore in B.B.Bangi disebabkan kisah wedding dress tak jadi sewa and nak gunakan deposit dalam post ini 

since masa tunang aku dah pakai kain flowwy2 gitu, masa nikah aku opt for a decent kurung moden with kain meleret.walaupun sebenarnya hati macam meronta nak tempah peplum and nak pakai putih for nikah, disebabkan taknak membazir, aku redho je lah dengan pilihan aku sendiri setahun yg lalu hehe.



gambar baju yg full takde.ni je lah boleh nampakkan dia punya leret.

Veil
yg ni memang aku mencari nahas dengan bertekad untuk buat sendiri.haha.lagipun,kalau tempah, memang susah aku nak bagi color code dekat orang.lining color cream/gold kilat, lace color pink masam tapi bila combine jadi peach pula. so aku decide try la buat sendiri satu ni.
pusing Jalan TAR, masuk semua kedai kain nak cari border lace yg masuk dengan color baju nikah aku memang azab.tula sapa suruh pilih color susah2.haha.

last sekali masuk jugakla Jakel. Jakel ni memang aku nak elak sebab aku tahu memang mahal tak masuk akal. tapi sebab terpaksa, masuk jugak la. mula2 kakak Jakel suggest beaded border lace yg satu kuntum bunga dia sampai seratus.kalau nak patch atas veil cecah RM300 jugak. baik aku tempah je veil tu terus. tak sampai RM150.
setelah ditepis2, kakak tu offer border lace yg RM90, tapi aku cakap aku taknak, aku budget RM50 je. lepas kira2 kuntum2 bunga semua, aku ambik lace tu takat RM50 je and beli chiffon matching color RM15.gi potong bentuk D and jahit tepi.

aku dan pengapit, Ada bergilir2 la menjahit border lace tu and manik.harapkan aku, memang kuntum yg pertama aku dah give up and nak tempah saje haha. lepas tu aku beli mixed pearls online. ada pelbagai size and dalam tone colors yg sama.nak jahit pearls ni pun aku dah macam putus asa tapi dah separuh jalan, aku hadap jela sampai habis. and the outcome was pretty awesome. applause for me and Ada :D


hasil jahitan veil kami :)



Tudung
mula2 ingat nak pakai shawl je sbb senang nak kiss2 dahi after nikah kan.aku dah beli kain satin konon nak jahit tepi and jadikan shawl. sekali terpendek la pulak, tak cukup panjang nak jadi shawl. nasib baik a day before aku nampak tudung awning yg RM10 yg padan dengan color baju, aku rembat.aku beli dua as backup. satu putih untuk sanding, satu peach untuk nikah. Ya Tuhan, thank you for those back-ups.kalau tak memang takde tudung nikah aku tu. tudung RM10 jugak yg berguna haha.


tudung awning RM10 penyelamatku!


Baju Nikah Pengantin Lelaki
mula2 kitorang cari kain untuk buat baju melayu sama colour dengan lining. akibat PIL tak bersetuju sangat dengan sample2 yg kitorang bawak pulang tunjuk kat diorang, we gave the honour for them untuk carikan kain baju melayu tu. and we're glad we did! memang matching sangat dengan baju nikah aku lace on top. kalau lah kitorang proceed jugak beli sama colour dengan lining, memang hancus la jawabnya.
kain Thai silk, hantar kat regular tailor, Maroz tailor dekat Wisma Confident Wisma Yakin, design ala2 baju nikah husband Irma Hasmie gitu. sampin pakai yg sedia ada kat rumah je.handsome sungguh suami saya di hari pernikahan kami :)



colour yg amat susah untuk di matching kan.nasib baik padan.thank you PIL!

sampai di sini dulu update kali ni.later sambung k :)

Jun 26, 2013

the wedding review : hantaran

hello!

setelah dua bulan setengah diijabkabulkan, ni la baru berkesempatan nak update blog.
fasa adaptasi sungguh memenatkan.
yela selama, apa-apa pun fikir pasal diri sendiri je. kalau rasa lapar tapi malas pegi beli or malas masak, you can just hunger yourself to sleep. now dah tak boleh, husband cakap lapar, kena la masak. gituu uols.
nak catch-up dengan kerja lagi, new life lagi, new family lagi.fuhh memang exhausting tapi it's a wonderful journey :)

oklah, wedding review ni kita buat secara berperingkat lah ye. berapa peringkat tu kurang pasti ikut suka hati penulis lah HAHA
mula2 kita start dengan hantaran dulu lah sebab hantaran yg paling senang nak review.hehe.

kami memang dah bersetuju nak bagi 9 balas 7. takmau banyak2, renyah nak handle. 9 balas 7 tu pun rasa banyak gila dah.

sebenarnya aku rasa, hantaran ni tak perlu pun.so much money invested, but displayed only for a few hours.barang atas dulang tu dah memang mahal, segala bunga riben mak nenek segala tu beratus jugak tau.haish.adat lah adat.kalau boleh skip memang aku skip.

FOR HER : Sirih, Gelang & Mas Kahwin, Handbag, Perfume, Kasut, Jam, Telekung (MIL yg gubah sendiri)


1) Sireh Junjung, ikut adat kena bagi.tanda persetujuan kedua-dua belah pihak

2) Telekung : silk, beli kat Bandung.tak sampai RM120. kalau kat sini dah cecah RM300 agaknya

3) Kasut : Timberland, beli kat warehouse sale kat Bangsar. memang taknak heels. aku bukan pakai heels pun.

4) Jam : DKNY beli kat JPO. 2nd item dapat 50%. beli dengan jam husband sekali masa tu

5) Perfume : Giorgio Armani. SOGO sale sudey. murah dan dapat banyak gifts.aaa sebenarnya nak Givenchy tapi makcik booth Givency tu kerek nak mampos.

6) Handbag : woohoo. brand idaman hati, Kate Spade. walaupun tak rela sangat dengan design & colour bag ni tapi ok lah janji KS.oh ya ni pesan kat pakcik husband masa dia pegi business trip ke US dalam mid of last year.murah more than half dari Malaysia ok. kalau beli kat butik kat KLCC ni mampu meleleh airliur jela. untuk berjimat, sila lah pesan kat kawan2 yg pegi oversea ok!

7) Gelang & Mas Kahwin : tak jumpa gambar dulang ni.haha


FOR HIM : Sirih, Cincin, Jam, Kasut, Kemeja, Al-Quran & Sejadah, Perfume, Coklat, Iphone5 (bridesmaids yg dikasihi yg gubah)


1) Kasut: Pedro, JPO mari hehe

2) Perfume : Giorgio Armani.SOGO Sale jugak

3) Jam : AX, JPO mari jugak. bagus JPO ni.jimat banyak haha

4) Cincin : mula2 taknak bagi sebab husband tak pakai cincin pun. tapi nak penuhkan dulang and sebagai tanda gitu. Bausch K, One Utama 

5) Al-Quran : bought in Rope Walk,Penang. ada tafsir and also sebutan rumi. bagus bagi aku yg kurang ilmu macam aku ni.

6) Gadget : Iphone 5.haha.acah je letak kotak padahal dah pakai sendiri 3bulan.

7) Coklat : Sponsored by Haizana. thank you kakak love you muahs

8) Kemeja : G2000 JPO mari jugak.patutlah husband macam kena rasuk hantu shopping masa kat JPO hari tu, ni hasil dia rupanya hehe

9) Sirih Junjung : takde gambar sebab gambar hantaran lelaki diambil kat bilik masa tengah mekap malam nikah tu.sirih terus delivery ke dewan.


lepas habis majlis baru lah rasa betapa menyusahkan nye la adat hantaran ni. serious, bukan nak mengutuk adat tapi sangatlah renyah bak kata orang Penang. buat cantik2 and tayang dalam 2 jam je, then simpan.

nak balik KL, kereta penuh dengan dulang dan kaki dulang je. jujurnya, ada lagi 4,5 dulang dalam kereta aku tak dikeluarkan sampai sekarang haha.

dah tak relevan sangat dah hantaran barang2 macam ni. mungkin lepas ni kita evolusikan jadi kunci rumah ke, resit washing machine ke, miniature set bilik tidur ke.haha.

oklah sampai disini dulu update kali ni.

May 10, 2013

of being a Mrs :)

Alhamdulillah dengan 3kali warm up and sekali lafaz, saya dah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Azman Mohd Radzuan pada malam 19 April 2013.
haha dah nak dekat sebulan baru nak update.

minggu depan bersanding lagi! yeay.

ok nah beberapa keping gambar amatur. yg dari photographer belum dapat.nanti saya karang panjang2 ya :)











Apr 5, 2013

of The Save The Date video


presenting our Save The Date video.
ampunkan beta yg langsung tak pandai berlakon itu.
rasa macam forever nak selesaikan shooting.
ya ampun, lepas ni takmau berlakon lagi dah haha.
nasib baik hero dalam video ni pandai berlakon kihkihkih.

memang tak ada romantik2 mushy2 dalam video ni.
nyanyi2 lagi la tak ada.
siapa yg buat Save The Date video macam video muzik tu memang gua tabik.

good job to our official Photographer & Videographer Potopoyo.
korang memang kreatif la dalam mencomelkan video kami hehe.

enjoy!


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Mar 28, 2013

of the third checklist - 22 days to go




Tarikh :
Nikah - insyaAllah 19 April 2013 - 9.30 malam
re-confirm with kadi early April takut dia lupa Ustaz Abdullah - 013 4811715
Resepsi - insyaAllah 20 April 2013
Bertandang - insyallah 4 May 2013

Tema Pengantin:
Nikah - Dusty Pink/ Peach
Resepsi - White/OffWhite
Bertandang - Light Yellow

Tema Family Pengantin:
Nikah - Grey
Resepsi - Turquoise
Bertandang - Hijau Zamrud (Shepha's)/ Turquoise/Biru Myvi (Man's)

Legal Documents :
Kursus Kawen - DONE
HIV test - DONE
Borang kebenaran nikah LELAKI - DONE.SUBMITTED
Borang kebenaran nikah PEREMPUAN - DONE.SUBMITTED. 
belum ambil surat kebenaran nikah from Pej Agama Timur Laut. mintak Abah ambikkan next week

Venue :
Nikah - Dewan Cafeteria RECSAM
Resepsi - Cafeteria RECSAM
Bertandang - Dewan AU2 Keramat

Catering :
Nikah - Ishah Catering (100pax)
Resepsi - Ishah Catering (1400pax)
Bertandang - Nanny's Catering

Pelamin :
Nikah & Resepsi - De Kasih Collection, Balik Pulau
need to sewa bantal nikah RM50 each
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood

Photographer & Videographer:
Nikah - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
Resepsi - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
Bertandang - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
done pre-wedding shots and Save The Date video

Wedding Outfits :
1)
Nikah - Picked Up. oh so nice lah the dress.walaupun simple. 
DIY veil nikah dah halfway,tinggal nak letak beads.tudung belum cari.maybe pakai shawl kot.

2)
Resepsi - De Kasih Collection, Balik Pulau.DONE measuring and designing. 
Next week follow up. After musim cuti sekolah.
Veil,Shoe,Accessories - De Kasih Collection, Balik Pulau
Tudung - Order from Nisa Alwy http://nisaalwy.blogspot.com/

3)
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood
Veil,Shoe,Accessories,Tudung - Butik Hias Karisma, Greenwood.DONE measuring and designing

4) 
Wedding shoes - bought from Primavera RM80++. for all three receptions :P

Make Up :
Nikah - De Kasih Collection, Balik Pulau tukar sbb tak confident dgn mekap dia untuk resepsi, tak boleh tukar, so bawak ke nikah
Resepsi - Kak Jue http://www.facebook.com/julieda.juelie?\fref=ts
follow up dengan Kak Julie balik by next week
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood

Doorgift :
Nikah - NULL
Resepsi - DONE.bought from Padang
VIP - PENDING
Bertandang - DONE.bought from SSF

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - NULL
Resepsi - DONE. bought by Ain, silver.
Bertandang - Pending

Hantaran :
Bilangan dulang Perempuan kpd Lelaki - 9 dulang
done : Kasut, Perfume, Kemeja, Jam, Gadget, Quran&Sejadah, Coklat, Cincin
pending : Sireh Junjung, Coklat by Zana

Bilangan dulang Lelaki kpd Perempuan - 7 dulang
Done : Handbag, Perfume, Jam, Telekung&Sejadah, Kasut
Pending : Gelang&MasKahwin, Sireh Junjung, 

Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - DONE.bought from Bausch K, One Utama
For Her - Gelang (tak sure dah beli ke tak)

Invitation Card : 
Vendor : LH Creative, Jalan Pudu
Total : 1600 pcs for both sides

Cake :
Resepsi - pending (aunty Maznah) - I think it's gonna be pulut kuning lah
Bertandang - CRZ

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - Ustaz Abdullah (013-4811715)
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - YB Shamsuri
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - sendiri/pending
Resepsi - in the package
Bertandang - in the package

Guest List :
Nikah - pending (100-120 guests)
Resepsi - on going invitations.thru postage and by hand.
Bertandang - pending

Entertainment :
1) Resepsi
Marhaban - BOOKED
DJ - BOOKED
Tarian - BOOKED
Kompang - BOOKED

2) Bertandang
DJ - Pending
Bagpipe - Pending

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - Raudzatul Adawiah
Resepsi - Raudzatul Adawiah
Bertandang - Raudzatul Adawiah
Bridemaids - Hamizah, Adibah, Ain, Raudzatul
Bestman - Adik

Bilik Pengantin :
New Comforter Set - DONE.sponsored by Ain

Spa Pengantin - Pending

Honeymoon :
Date - 26-29 April 2013
Location - Phuket
Tickets - BOOKED
Accomodations - BOOKED

IMPORTANT THINGS TO FOLLOW-UP (1 Apr - 12 Apr)
1) ambil Surat Kebenaran Nikah dekat Pejabat Agama - PIC : Abah
2) follow up Kadi, remind about tarikh and masa.
3) baju reception Penang, bila nak fitting.
4) baju reception KL, bila nak fitting.
5) follow up dengan Kak Julie MUA
6) Jahit manik kat veil

---------------------------------------------------

Less than a month to go.22 days to be exact. Alhamdulillah. banyak sangat benda yg dah settle. tinggal lagi benda remeh la macam tudung, veil, henna, begitu2 la.
last month (February) and early this month banyak benda yg kami berjaya selesaikan.
baju nikah, kad kahwin, submit borang kebenaran nikah, booking kadi.
tinggal nak follow up here and there je.
rasanya macam 90% prepared,tinggal nak execute je.

cuti kahwin dan tarikh nak work from home pun dah bincang dengan boss, boss okay je. lega hati saya walaupun ada 2 unpaid leaves yg perlu di apply. tapi takpelah, kahwin sekali seumur hidup kan. kalau ikutkan hati nak je segregate kan 5 days wedding leave tu so that aku tak payah ambik unpaid langsung tapi aku rasa tengah syok2 baru kahwin tu kan takmau la fikiran terganggu dengan urusan kerja walaupun boleh work from home. kita lepak je kat rumah dengan suami hehe.

semoga semua lancar and let's get this done and over with.
penat weh semua preparations ni. settle semua ni nak cuti panjang lepak kat rumah dengan suami then pergi honeymoon.uii best ngat! haha

---------------------------------------------------

risau betul lah pasal PRU nih.fed up pun ada jugak. bila entah si Jibby nak bubar Parlimen? hari tu future PIL suruh Man pergi bayar full payment dewan AU2 tu. sekali management cakap diorang taknak terima full payment sebab takut time tu PRU and SPR nak guna dewan. 
aiseh. macam mana tu? ni wedding orang la, bukan birthday party. suka2 jelah kan.haishooo.
doa-doa kan lah PRU tak terkena date majlis bertandang ye. ya Allah tolonglah jauhkan tarikh PRU tu sama macam tarikh bertandang aku, kesian future FIL nak pening2 tukar venue pulak haish.

---------------------------------------------------

oh ya, kami pun dah berjaya mencari rumah sewa. paling runsing sekali sebab I don't have a home to come home to lepas nikah and majlis belah Penang.habis tu gua nak cuddle2 dengan suami gua kat mana beb?haha.

mungkin rezeki kami, we got a decent apartment, fully furnished like really fully furnished.ada aircond, water heater, peti ais, tv kecik, dapur, cabinet dapur, katil, wardrobe semua ada.yg takde cuma washing machine and a wide-screen tv :P  for RM800 per month. boleh skip beli barang rumah for the first few months.
apartments with security and parking lot dekat Bandar Sri Damansara.
seronoknya, tak sabar nak ambik kunci and cuci rumah this weekend. finally, a home for both of us :)

p/s - atas tu gambar pre-wedding kami. biasa je. no colourful and fancy props pun. just us and our freaking exhausted faces after Save The Date punya shooting haha


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Mar 27, 2013

of 23 days



sekejap sangat masa berlalu.
tau-tau je dah nak kahwin.
is this for real?

aku takde la busy sangat.
tapi macam kelam kabut.
later aku update perlahan lahan ok.

Alhamdulillah, macam 90% dah ready. 90% termasuk persediaan lepas kahwin.
dah jumpa rumah sewa yeay.
finally, a place I can call my home.
sekarang pergi mana pun asyik tengok barang rumah haha. sawan betul.

p/s- oh yg countdown 23 days tu aku kira hari sanding. kalau hari nikah tinggal 22 hari huiyooooo


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)


Mar 4, 2013

of wedding cards vendor.beware of MyOneCard,Jalan Pudu.


we had a conflict with our cards vendor. ceritanya macam ni :

kakak vendor : bebila later bagi map takpe, tapi kalau nak kad before CNY kena bagi map dalam minggu ni
kami : kami nak end of Feb, kiranya nak ambik after cuti CNY
kakak vendor : kalau macam tu okay, minggu depan bagi map pun takpe, email ke

after 1week plus, pegi hantar map
vendor :  draft siap dlm 23hb Feb, paling awal siap printing pun 10hb Mac
kami    :  lamanya.hari tu kakak tu takde cakap pun psl draft?
vendor :  memang macam tu , lepas confirm draft 2minggu amik masa printing.takpun esok abg call office ckp dengan kakak tu

bila call
kakak vendor : eh saya takde janji pun dengan mana2 customer mcm tu.siapa suruh awak hantar map lambat

eee biadapnya ayat dia.

kami ni first time kahwin, first time tempah kad, she should brief us on the timeline like "lepas ni 2minggu tunggu draft, then 2minggu br siap printing,so boleh la amik time sekian2".
ni tak dia tak mention langsung pasal draft masa kami order tu.
bagitau la dateline bila kami boleh hantar map kalau nak tarikh yg kami sebut.takdela kami susah payah nak mintak kawan amik masa buat map 3D semua.ini tak, masa nak tulis invoice bukan main semua TAKPE.bukan kami tak mention bila kami nak kad tu siap.kami dah tegaskan nak kad before march.end of feb dah nak amik.
kalau salah kami takpe, sendiri yg cakap berbelit2 sampai menyusahkan orang.

in the end kami tukar vendor, seminggu lebih dah siap boleh ambik. dgn vendor lama sekarang kami sengaja ding dong ding dong kan draft. agaknya kalau stay dengan vendor lama, sampai hari kenduri pun tak dapat lagi kad kami agaknya.

mungkin nasib aku je kot dapat staff yang handle order aku macam bangang tapi just beware la. tanya every details. note down every details. jangan terpedaya dengan "TAKPE" and "BOLEH". time nak close deal semua boleh.

oh lupa nak cakap, vendor yg bermasalah tu kedainya bernama MyOneCard. aku rasa sebab dia ada banyak order, so dia nak drag the timeline sebab tu dia dok buat perangai macam ni. and memang korang yg akan follow up dengan dia, dia takdenye nak call korang tanya bila nak hantar map ke nak hantar gambar ke.

kitorang memang sengaja taknak ambik package kad dekat Pameran Pengantin sebab nak elak benda2 mcm ni la. sekali terkena jugak. sabar je lah. dugaan nak kahwin.


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Feb 24, 2013

of learning process - part 1


sepanjang tempoh bertunang ni,
ada beberapa perkara aku belajar secara tak langsung

1) dugaan bertunang tu memang tak boleh di elak. dia akan datang dalam semua sudut. 
kalau tak pasal duit, family.
kalau tak pasal family, kita dan pasangan
kalau tak pasal kita dan pasangan, vendor wedding
kalau tak pasal vendor wedding, mungkin tekanan dari orang luar yang sebenarnya takde kena mengena dengan hidup kita pun
kalau takde2 sangat pun, dugaan tu datang dari dalam diri sendiri, perasaan sendiri.

2) percayalah rezeki Allah bila kau dah pasang niat nak kahwin. 
betul. mula2 aku pun ragu. mana nak cekau 8k-10k dalam masa setahun? Man lagi lah, dia kena ada atleast 20k yup 20k untuk selesa.wang hantaran, wedding stuff, and deposit menyewa later.tak termasuk kenduri tahu untuk selesa sampai kami start menyewa di awal perkahwinan nanti.
kalau yg perempuan pulak, unless you're willing to spend all your hantaran's money on the wedding, kurang2 kena ada 8k dalam tangan for all those stuff, baju, pelamin, cameraman. nak selesa, 10k. tak termasuk kenduri. tu gaya sederhana rendah macam aku lah. tak grand tapi memadai bagi aku yang biasa2 ni :)
kami decide nak kahwin, awal tahun 2012. ditakdirkan Allah, Man dapat kerja baru bulan 5, aku dapat kerja baru bulan 9, dengan kenaikan gaji yg agak ketara.
but, walaupun dengan kenaikan gaji, kita kena usaha jugak. in any ways you can. I stop going on vacation, stop eating out, cut your shopping expenses, bawak bekal ke ofis. macam Man dia banyak buat part time. Alhamdulillah dan InsyaAllah rezeki itu sentiasa ada. kami hampir berjaya realisasikan wedding tanpa personal loan, syukur.

3) berbuat baiklah dengan parents dan keluarga berlebih-lebih dalam tempoh preparation kahwin tu
I mean bukan lah sebelum tu awak langsung tak berbuat baik.kalau jarang belanja makan, selalu2 lah belanja family makan. kalau jarang balik, kerap2 kan lah balik. kalau adik2 setakat nak sepuluh dua tu, jangan kedekut nak hulur. sebab ni lah orang2 yg akan jadi sayap kiri kanan kita masa majlis nanti.
percayalah, tak rugi berbuat baik dengan parents. InsyaAllah mudah lah perjalanan majlis awak nanti.
seringgit yg awak belanjakan kat dia, 100 ringgit dia akan tambah kat awak.

lagipun later bila dah ada keluarga sendiri, pasti sedikit sebanyak dah tak boleh ikut kepala sendiri dah, bila rindu tak tengok kiri kanan terus beli tiket bas and balik kampung jumpa parents dah. *sad mode*


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Jan 23, 2013

of the 2nd checklist - 87days to go


as of today, there are 87 days more to go.
Alhamdulillah, everything's in progress. 
not in a rush, we are taking up one matter at a time.
everything seems to be falling in place as I have been observing.
thank you Allah :)

below are some updates on my wedding progress:

Tarikh :
Nikah - insyaAllah 19 April 2013 
Resepsi - insyaAllah 20 April 2013
Bertandang - insyallah 4 May 2013
* masa nikah (petang/malam) tertakluk kpd availibility Kadi

Tema Pengantin:
Nikah - Dusty Pink
Resepsi - White/OffWhite
Bertandang - Light Yellow

Tema Family Pengantin:
Nikah - Grey
Resepsi - Turquoise
Bertandang - Hijau Zamrud (Shepha's)/ Merah (Man's)

Legal Documents :
Kursus Kawen - DONE
HIV test - DONE
Borang kebenaran nikah LELAKI - signed with witnesses.BELUM submit sebab tak cukup 90hari
Borang kebenaran nikah PEREMPUAN - tunggu yg belah LELAKI.hopefully balik CNY ni boleh settle

Venue :
Nikah - Surau RECSAM/Dewan Cafeteria RECSAM (subjek to Kadi)
Resepsi - Cafeteria RECSAM
Bertandang - Dewan AU2 Keramat

Catering :
Nikah - Ishah Catering (100pax)
Resepsi - Ishah Catering (1400pax)
Bertandang - Nanny's Catering

Pelamin :
Nikah & Resepsi - De Kasih Collection, Balik Pulau
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood

Photographer & Videographer:
Nikah - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
Resepsi - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
Bertandang - Potopoyo Images http://potopoyo.wordpress.com/
* need to shoot pre-wedding photos and video

Wedding Outfits :
1)
Nikah - Wedding Galore, Bangi (Baju Kurung Moden) - Fitting end of Feb
Resepsi - De Kasih Collection, Balik Pulau (belum pergi measure and design)
Veil,Shoe,Accessories - De Kasih Collection, Balik Pulau
Tudung - Pending (Belum Decide,this is HARD!)
Details: dress mcm Farah Breep2, white/offwhite, tudung not included.

2)
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood
Veil,Shoe,Accessories - Butik Hias Karisma, Greenwood
* Details : Dress mcm Diana Danielle but less kembang, light yellow, tudung included.

Make Up :
Nikah - Palestina Santana (MUA Tunang)
Resepsi - De Kasih Collection, Balik Pulau
Bertandang - Butik Hias Karisma, Greenwood

Doorgift :
Nikah - NULL
Resepsi - DONE.bought from Padang
Bertandang - DONE.bought from SSF

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - NULL
Resepsi - Pending
Bertandang - Pending

Hantaran :
Bilangan dulang Perempuan kpd Lelaki - 9 dulang
done : Kasut, Perfume, Kemeja, Jam, Gadget
pending : Sireh Junjung, Quran&Sejadah, Kek, one MISC item
Bilangan dulang Lelaki kpd Perempuan - 7 dulang
Done : Handbag, Perfume, Jam, Telekung&Sejadah
Pending : Gelang&MasKahwin, Sireh Junjung, Kasut

Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - NULL (considering)
For Her - Gelang (tak sure dah beli ke tak)

Invitation Card : 
Vendor : My One Card, Jalan Brunei
Total - 1600 pcs for both sides
* Details : 1600 cards (800 Shepha's,800 Man's), 1600 kotak goodies (Man's)
Map belum send, expected siap end of Feb

Cake :
Hantaran - Haizana nak sponsor :)
Resepsi - pending (aunty Maznah)
Bertandang - CRZ

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - sendiri/pending
Resepsi - in the package
Bertandang - in the package

Guest List :
Nikah - pending (100-120 guests)
Resepsi - mine done/parents' pending
Bertandang - pending

Entertainment :
1) Resepsi
DJ - Pending
Tarian - Pending
Marching Band/Drumline - Pending (Apan tengah carikan)

2) Bertandang
DJ Pending
Bagpipe Pending

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - Raudzatul Adawiah
Resepsi - Raudzatul Adawiah
Bertandang - Raudzatul Adawiah
Bridemaids - Hamizah, Adibah, Ain, Raudzatul
Bestman - pending

Bilik Pengantin :
New Comforter Set - Pending

Spa Pengantin - Pending

Honeymoon :
Date - 26-29 April 2013
Location - Phuket
Tickets - Booked
Accomodations - pending

-------------------------------------------------------------


Baju Nikah.
Remember I jotted here previously that I have booked my reception dress in Champagne dekat butik in Bangi? and so my mom rejected the dress. haha.
fortunately the boutique's been very lenient regarding bookings and services. We were allowed to convert the deposit for the dress to another service, makeup, pelamin, tailoring, kasut, any service at all, provided that you take their service, or else your deposit will be burn.
so we converted our deposit of RM200 for my nikah's dress tailoring. I went for a simple baju kurung moden, and the charge is RM250, so later when I pickup my nikah's dress, I will  only have to pay the remaining RM50.
the boutique is Wedding Galore dekat Bandar Baru Bangi, shoplots depan PKNS. sesiapa yg kahwin area Bangi ke, Kajang ke, KL pun boleh, I recommend this boutique.they have hundreds of lovely dress, sampai boleh pening pilih. staff pun helpful and friendly. kalau wedding dress rental, ikut quality and choices of dress, butik ni la yg paling murah kat area sini, RM800 L+P+accessories.
hampir nak ambik pakej diorang for Man's side tapi depa tak available pulak tarikh tu sebab ada staff diorang nak kahwin.
and no, this is not a sponsored post. saja nak mudahkan semua orang :)

-------------------------------------------------------------


recently I went to Padang. memang initial niat nak pi berjalan saja. since Mama dah booking tickets for a family holiday so aku layankan saja.
tapi aku bawak jugak lah sejumlah wang mana tau boleh beli kain bridesmaid sekali kat sana.
and yes,I did bought my bridesmaids' kain dekat Padang. murah gila kot.
Mama borong kain for the whole family. Turquoise it is for my side. semua turquoise.
Kami beli doorgift pun dari sana. murah sangat and tak payah nak pack apa2 dah. dah siap packed and boleh bagi terus kat tetamu. takdelah grand sangat doorgift aku tu tapi it is something usable. and no I'm not going to reveal what is the doorgift and berapa harga hehe. senang cerita, murah la dari apa yg aku dah budgetkan untuk doorgifts :)


-------------------------------------------------------------

benda yang paling penting aku belum decide lagi ialah pasal nikah.Venue and Time.sebab belum jumpa dengan Kadi and kawtim dengan beliau lagi.
current plan ialah nikah malam dalam dewan tempat aku bersanding tu.
camni, my reception will be held in a Cafeteria. cafe tu ada dua part, satu part yg ada aircond, and part yg takde aircond. still dalam kawasan cafe, berbumbung, berkipas tapi takde aircond je.
I was planning alang2 nak pasang pelamin kan, nikah je la kat dewan, remove the kerusi, ganti dengan bantal nikah. boleh bergambar sampai tengah malam. kalau Mama nak buat malam berinai pun, on aje, tukar baju songket, jommmmm kita bersanding sampai letih haha memang tak la nak ber'first night' malam tu LOL
alang2 kawasan VIP tu kena sewa RM250 sehari, aku plan nak duduk dalam aircond je sepanjang hari sebelum nikah.dari pagi sampai malam.nak pakai inai semua kat situ.haha.

tuddia punya panjang explanation. tu kalau jadi la nak nikah malam. kalau Kadi tak available. kita nikah siang je la kat Surau RECSAM/Masjid USM, lepas tu buat hi-tea.chewah.

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)