aku nak share belanjawan yg telah aku belanjakan untuk Majlis Pertunangan hari tu.walaupun rasa macam dah kedekut and cheapskate habis dah, RM1k ++ gak la aku habis sedikit demi sedikit.hehe.
Bersedialah adik2, kahwin dan step2 nak menuju perkahwinan memang banyak pakai duit.heee
Baju - RM300 (Upah & Fabrik)
Panjang kisah baju tunang aku ni. Lace yg sebenar2nya aku beli untuk tunang adalah lace lain.disebabkan kawan2 cakap tak lawa,so lace tu masih tersimpan rapi lagi sekarang.
Lace silver/grey tu sebenarnya aku pesan kat Ada masa dia pi Jakarta dulu.aku suruh dia beli lace yg semeter beberapa ringgit tu untuk buat baju saja2.rasanya tak sampai RM10 pun lace tu.lepas tu aku beli kain satin untuk dibuat lining and also chiffon untuk nak buat kain kembang tu dlm RM40-50, lebih kurang la.Upah RM250.agak mahal sebab kena tambah kain.tapi takpe, nasib baik cantik :)
kasut, aku pinjam heels Ada je.kebetulan colour kelabu.
don't you just love the flowy skirt?rasa mcm princess hehe
Tudung - RM130
(Jangan tanya nanti aku sentap sebab beli tudung sampai 100 lebih)
I actually bought a syria and tudung sarung yg ada awning from Hajra, tudung syria tu ada beads cost me RM100 and dia punya inner tu RM30.jangan tanya kenapa aku beli such tudung.haha.I was so desperate sebab that was the only weekend that I have to finalised all the preparations.so aku ambik je apa yg Ada & Ain (merangkap wedding planner aku) kata lawa.
and yes,aku tak pakai pun tudung tu.last minute, aku pergi jalan2 kat BJ Complex dengan budak2 ni,terjumpa shawl half moon colour kelabu yg tersangat la matching dengan baju aku berharga RM80. I was literally broke.betul2 pokai punya, lalu Ujie menghulurkan bantuan untuk menaja tudung dengan syarat cukai akan dikenakan bila anak dia keluar nanti.haha.yelah yelah.
close-up tudung yg dipakai.dipakaikan oleh MUA
Make-up - RM85
This was the favourite part of my event. Make-up service aku cuma berharga RM85.yes,aku berjaya jimat banyak kat sini.yg aku tanya semua more than RM150.nak pakai 3,4 jam je sampai RM150?tak kuasa aku.
tukang make-up aku adalah dua students USM yg buat part-time servis mekap for student dinner.aku jumpa through blogshop diorang kat FB.kalau dinner diorg charge RM30, yg aku ni sebab Engagement, mahal la sikit.but still murah compared dgn MUA yg aku survey.
barang2 mekap diorang biasa2 je.takde MAC,takde Bobbi Brown,tapi dia punya mekap tahan sampai malam.petang lepas majlis aku gi outdoor, then balik membuta, bangun tu mekap still terletak elok (I was on my menses by the way, sebab tu rasa sayang nak cuci mekap sampai malam hehe)
and everyone puji my make-up hari tu *sengih sampai telinga*
kalau korang dekat2 kawasan USM Penang tu,dan kawasan yg sewaktu dengannya boleh try la ambik servis dengan diorang ni Uniquestyle Muslimah & Palenstina Santana
I'm considering them for my solemnization make-up as well,kalau diorang available.senang,dekat pun dekat since aku bakal nikah kat Masjid USM je,and boleh wudhuk sebelum mekap sebab MUA aku adalah wanita :)
right after make-up.belum biasa dengan bulu mata pelesu lagi huhu
Goodies - RM150
actually mula2 dah niat nak buat, then Mother cakap tak payah pulak,last minute aku tergerak nak buat jugak sbb awal2 dah niat kan.
brown paperbags yg for goreng pisang tu RM3.20 per pack (100pcs),aku beli 2packs kat Mydin, that makes it 200.so aku beli Apollo,heart shaped chocolates and sweets Cloud9 tu, budget2 cukup untuk 200packs tu, total dalam RM80 gitu.beli kat kedai borong belakang hotel Grand Continental KL.
sticker Ada tolong buatkan kat booth kecil kat Times Square, 100psc stickers RM17.murah kan?walaupun simple.yg aku tanya online ada yg cecah RM170 for 300pcs.of course la design lagi canggih tapi untuk tunang ni aku tak sampai hati nak spend banyak begitu on goodies.
kalau ikut hati aku lagi la,aku nak print the so called tags atas A4, potong then lekat pakai gam je.
apollo and sweets
sticker
Pelamin - RM250
pelamin ni aku ambik kat butik kecik kat Permatang Sintok,Kepala Batas.dekat dengan rumah Tok.murah jugak la.yg aku tanya kat pulau,kalau tak over RM500 memang tak sah.so I opt to Seberang.dapat lah a decent simple pelamin for RM250, dengan syarat, transportation sendiri and pasang sendiri.nasib baiklah kereta family besaq, so transporternya adalah adikku Apiq dan setup pelamin beramai2 dengan Adik2, Abah, Mama dan isteri kawan2 Abah.design dalam gambar lain,disebabkan tukang setup creative, jadilah yg seperti yg dalam gambar di bawah.
pelamin ni just nice,just the way I imagine it'll be like.cukup lah,asal ada je.lagipun aku memang takmau buat pelamin grand2 nanti masa kahwin susah nak overcome.kang orang cakap, "eleh,pelamin tunang dia hari tu lagi grand".gituu uols.
ni pun sebab aku buat kat dewan/kawasan lapang.sebab macam tak manis pulak kalau takde tempat proper nak sarung cincin and bergambar.kalau kat rumah memang aku duduk kat penjuru katil je.
after dipasang malam sebelum majlis
this is how the dais looked like when I was sitting on it
Barang Hiasan Hantaran - dalam 150
(yg selebihnya ditaja oleh Ain dan Ada)
dulang aku pinjam Ujie punya dulang nikah.so aku just kena beli segala bunga,riben dan hiasan2 mak nenek tu semua.barang2 tu (polisterin,riben,kertas kilat,dawai etc) semua aku beli kat Kedai Bunga Riben kat Plaza City One yg terletak di sebelah Semua House.total dalam RM70.bunga aku beli kat Jalan TAR.masa tu bulan puasa, so gerai2 jual bunga sangat banyak.aku beli 4 ikat bunga pink purple,2 ikat RM15,so 4 ikat total RM30. I have no idea nak pilih colour apa so aku pilih colour selamat untuk perempuan iaitu pink.same goes to my pelamin.
yg lain2 yg ditaja oleh Wedding Planners aku adalah tambahan bunga,span hijau, dan benda2 yg kecik2 yg aku terlepas pandang nak beli.thank you Ada & Ain :)
prototype hantaran
the real ones
Hand bouquet - Tak Sampai RM10
aku beli bunga kat Mydin Subang (they actually have variety of plastic flowers,nasib jauh je dengan aku), seikat dalam RM2-3 kot, tak ingat, aku beli 2 ikat,then balik2 je Ada dah gubah lilit2 dengan riben, tetiba TADAAAA dah jadi dah hand bouquet aku on the spot.
cantik kan? :)
Hantaran - Barang2 dalam dulang
Hantaran aku 7 balas 5.pihak aku bagi
1) sirih junjung - tempah kat kedai barang pengantin somewhere in Bayan Lepas.RM30
2) kain nikah - pihak lelaki beli siap2,bagi aku letak je
3) biskut tambun - from Aunty Jacinta
4) ladoo - from Aunty Lata & Aunty Jaya
5) Halwa Betik - from Toklang
6) Asam2 & Buah-buahan kering - from Kak Yati jiran depan rumah
7) Buah-buahan - last minute Ada & Ain beli
Hantaran dari pihak lelaki
1) Sirih Junjung
2) Cincin Tunang (beli/tempah kat Hana Gold)
3) Kain nikah - kain aku beli kat Bandung hari tu
4) Ferrero Rocher - berbijik2 sampai tak habis makan.
5) Buah - buahan
apasal macam hantaran belah perempuan terlebih?
setelah aku amati semula rupa2 nya ada extra satu hantaran dari pihak aku that was a cake from makcik Maznah, kawan Abah :)
Gambar & Video Kenangan
aku memang takde budget langsung untuk part ni.aku just mintak tolong Team A (sahabat2 tunang) untuk ambikkan gambar and video sikit2.asal ada kenangan sudahla.and suddenly aku ada pulak videographer, Mother's office punya Photography and Videography Club from Disted Stamford College datang nak test power for their first assignment.macam hebat je tunang ada ramai photographer and videographer bagai padahal semua free.rezeki Allah bagi.hehe
antara personal favourites aku :)
apa lagi eh...
Kad Jemputan
aku sebenarnya merasakan kad jemputan ni tak perlu pun.tapi dah Mother request, aku layankan saja.aku download template border then edit pakai photoscape.simple je.then Mother print atas kertas yg tebal sikit dari A4.kecik je kad tu.syarat je.takmau la grand2,bukan anak dato' yg bertunang,I anak orang kebanyakan je hehe.
designed by yours truly
printouts besar ni je
bab2 urusan makan minum ni aku serahkan bulat2 kepada parents aku sebab dah tentu la mereka yg menaja semuanya, so I tak interfere langsung lah. I don't even had the chance nak makan pun masa majlis tu. tapi dengar kata sedap, ramai tambah.kalau begitu, Alhamdulillah :)
I think kelemahan aku dalam membudgetkan aku punya majlis pertunangan ni adalah I spent too much on my attire, means baju and tudung. tudung beli harga beratus tapi tak pakai.
ELSE,semua aku happy dan puas hati. baju cantik, tudung cantik, mekap cantik, pelamin cantik, hantaran cantik, semua orang kenyang, gambar pun cantik. just the way I imagined it would be.
and yg penting orang2 yg aku sayang, dan orang2 yg sayang aku were there for me.Alhamdulillah.
blog baru eh shepa?
ReplyDeletebtw baju tuh mmg aku suka..
i like..sangat2..
-missdee-
blog shepha tu aku tutup kejap.rasa mcm takde apa nak update.
ReplyDeleteni blog nak kahwin hehe
comeL! E date kite sme La.. Sya 16 Sep jugak =)
ReplyDeletecantik kain..nak tahu, berapa meter kain chiffon tuk buat flowy tu yer..^^
ReplyDeletekalau nak selamat beli la 6m, just for the kain tau. tp tailor ckp 5m pun dah cukup :)
Deletesalam.
ReplyDeletesangat berguna. blh jd panduan utk skY juga ;)
hehe alah panduan sendiri2 je. yg mana elok ikut, yg mana x elok jgn ikut. esp tang beli tudung sampai rm130 tuh haha
DeleteAssalam..boley tanya butik pngantin yang buat pelamin tu nama ape ea..
ReplyDeletewaalaikumsalam.takdak nama tapi dia located dekat simpang empat nak masuk permatang sintok.simpang yg ada BHP tu rasanya
DeleteCmne pakai tudung tu?
ReplyDeleteCmne pakai tudung tu?
ReplyDeletecuba search kat youtube tutorial halfmoon.banyak style dah skrg.masa ni MUA yg pakaikan :)
Delete