Feb 24, 2013
of learning process - part 1
sepanjang tempoh bertunang ni,
ada beberapa perkara aku belajar secara tak langsung
1) dugaan bertunang tu memang tak boleh di elak. dia akan datang dalam semua sudut.
kalau tak pasal duit, family.
kalau tak pasal family, kita dan pasangan
kalau tak pasal kita dan pasangan, vendor wedding
kalau tak pasal vendor wedding, mungkin tekanan dari orang luar yang sebenarnya takde kena mengena dengan hidup kita pun
kalau takde2 sangat pun, dugaan tu datang dari dalam diri sendiri, perasaan sendiri.
2) percayalah rezeki Allah bila kau dah pasang niat nak kahwin.
betul. mula2 aku pun ragu. mana nak cekau 8k-10k dalam masa setahun? Man lagi lah, dia kena ada atleast 20k yup 20k untuk selesa.wang hantaran, wedding stuff, and deposit menyewa later.tak termasuk kenduri tahu untuk selesa sampai kami start menyewa di awal perkahwinan nanti.
kalau yg perempuan pulak, unless you're willing to spend all your hantaran's money on the wedding, kurang2 kena ada 8k dalam tangan for all those stuff, baju, pelamin, cameraman. nak selesa, 10k. tak termasuk kenduri. tu gaya sederhana rendah macam aku lah. tak grand tapi memadai bagi aku yang biasa2 ni :)
kami decide nak kahwin, awal tahun 2012. ditakdirkan Allah, Man dapat kerja baru bulan 5, aku dapat kerja baru bulan 9, dengan kenaikan gaji yg agak ketara.
but, walaupun dengan kenaikan gaji, kita kena usaha jugak. in any ways you can. I stop going on vacation, stop eating out, cut your shopping expenses, bawak bekal ke ofis. macam Man dia banyak buat part time. Alhamdulillah dan InsyaAllah rezeki itu sentiasa ada. kami hampir berjaya realisasikan wedding tanpa personal loan, syukur.
3) berbuat baiklah dengan parents dan keluarga berlebih-lebih dalam tempoh preparation kahwin tu
I mean bukan lah sebelum tu awak langsung tak berbuat baik.kalau jarang belanja makan, selalu2 lah belanja family makan. kalau jarang balik, kerap2 kan lah balik. kalau adik2 setakat nak sepuluh dua tu, jangan kedekut nak hulur. sebab ni lah orang2 yg akan jadi sayap kiri kanan kita masa majlis nanti.
percayalah, tak rugi berbuat baik dengan parents. InsyaAllah mudah lah perjalanan majlis awak nanti.
seringgit yg awak belanjakan kat dia, 100 ringgit dia akan tambah kat awak.
lagipun later bila dah ada keluarga sendiri, pasti sedikit sebanyak dah tak boleh ikut kepala sendiri dah, bila rindu tak tengok kiri kanan terus beli tiket bas and balik kampung jumpa parents dah. *sad mode*
setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)
Labels:
Learning Process,
Random
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sara dalam 2 thn bertunang ni.. mmg pelbagai perkara yang berlaku.. dan pelajari dari kesilapan.. lebih selesa bersama fmly sblm tamat zaman bujang.. :D
ReplyDeleteSya da terpakai duet hantaran.mmg pening skang nih. harap sgt wed prep jalan lancar.aminn
ReplyDelete