setelah dua bulan setengah diijabkabulkan, ni la baru berkesempatan nak update blog.
fasa adaptasi sungguh memenatkan.
yela selama, apa-apa pun fikir pasal diri sendiri je. kalau rasa lapar tapi malas pegi beli or malas masak, you can just hunger yourself to sleep. now dah tak boleh, husband cakap lapar, kena la masak. gituu uols.
nak catch-up dengan kerja lagi, new life lagi, new family lagi.fuhh memang exhausting tapi it's a wonderful journey :)
oklah, wedding review ni kita buat secara berperingkat lah ye. berapa peringkat tu kurang pasti ikut suka hati penulis lah HAHA
mula2 kita start dengan hantaran dulu lah sebab hantaran yg paling senang nak review.hehe.
kami memang dah bersetuju nak bagi 9 balas 7. takmau banyak2, renyah nak handle. 9 balas 7 tu pun rasa banyak gila dah.
sebenarnya aku rasa, hantaran ni tak perlu pun.so much money invested, but displayed only for a few hours.barang atas dulang tu dah memang mahal, segala bunga riben mak nenek segala tu beratus jugak tau.haish.adat lah adat.kalau boleh skip memang aku skip.
FOR HER : Sirih, Gelang & Mas Kahwin, Handbag, Perfume, Kasut, Jam, Telekung (MIL yg gubah sendiri)
1) Sireh Junjung, ikut adat kena bagi.tanda persetujuan kedua-dua belah pihak
2) Telekung : silk, beli kat Bandung.tak sampai RM120. kalau kat sini dah cecah RM300 agaknya
3) Kasut : Timberland, beli kat warehouse sale kat Bangsar. memang taknak heels. aku bukan pakai heels pun.
4) Jam : DKNY beli kat JPO. 2nd item dapat 50%. beli dengan jam husband sekali masa tu
5) Perfume : Giorgio Armani. SOGO sale sudey. murah dan dapat banyak gifts.aaa sebenarnya nak Givenchy tapi makcik booth Givency tu kerek nak mampos.
6) Handbag : woohoo. brand idaman hati, Kate Spade. walaupun tak rela sangat dengan design & colour bag ni tapi ok lah janji KS.oh ya ni pesan kat pakcik husband masa dia pegi business trip ke US dalam mid of last year.murah more than half dari Malaysia ok. kalau beli kat butik kat KLCC ni mampu meleleh airliur jela. untuk berjimat, sila lah pesan kat kawan2 yg pegi oversea ok!
7) Gelang & Mas Kahwin : tak jumpa gambar dulang ni.haha
FOR HIM : Sirih, Cincin, Jam, Kasut, Kemeja, Al-Quran & Sejadah, Perfume, Coklat, Iphone5 (bridesmaids yg dikasihi yg gubah)
1) Kasut: Pedro, JPO mari hehe
2) Perfume : Giorgio Armani.SOGO Sale jugak
3) Jam : AX, JPO mari jugak. bagus JPO ni.jimat banyak haha
4) Cincin : mula2 taknak bagi sebab husband tak pakai cincin pun. tapi nak penuhkan dulang and sebagai tanda gitu. Bausch K, One Utama
5) Al-Quran : bought in Rope Walk,Penang. ada tafsir and also sebutan rumi. bagus bagi aku yg kurang ilmu macam aku ni.
6) Gadget : Iphone 5.haha.acah je letak kotak padahal dah pakai sendiri 3bulan.
7) Coklat : Sponsored by Haizana. thank you kakak love you muahs
8) Kemeja : G2000 JPO mari jugak.patutlah husband macam kena rasuk hantu shopping masa kat JPO hari tu, ni hasil dia rupanya hehe
9) Sirih Junjung : takde gambar sebab gambar hantaran lelaki diambil kat bilik masa tengah mekap malam nikah tu.sirih terus delivery ke dewan.
lepas habis majlis baru lah rasa betapa menyusahkan nye la adat hantaran ni. serious, bukan nak mengutuk adat tapi sangatlah renyah bak kata orang Penang. buat cantik2 and tayang dalam 2 jam je, then simpan.
nak balik KL, kereta penuh dengan dulang dan kaki dulang je. jujurnya, ada lagi 4,5 dulang dalam kereta aku tak dikeluarkan sampai sekarang haha.
dah tak relevan sangat dah hantaran barang2 macam ni. mungkin lepas ni kita evolusikan jadi kunci rumah ke, resit washing machine ke, miniature set bilik tidur ke.haha.
oklah sampai disini dulu update kali ni.
setuju sgt! kdg2 sbb adat kita terpaksa follow..cntohnya mcm sirih junjung..klu ikut kite mmg xnak buat..tp adik beradik suruh buat sbb adat katanya..xbest kan
ReplyDeletebukan apa.leceh tau.haha.
Deleteyang..cantik La hantaran..! Macam tempah kt professional boutique. serius!
ReplyDeletesimple yet look exclusive (dan2 speaking sbb nk gtaw exclusive kan.. hehehe)
haha thank you.ala hantaran main gubah je.hehe
Deleteserius cntik hntaran awk tu..kreatip
ReplyDeletejemput sggah blog sy http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com.
dr ex-b2b kedah
Rebat RM300 untuk pakej fotografi perkahwinan
ReplyDeletehttp://blog.azamhashim.com
https://www.facebook.com/pages/AzamHashim-Photography/223067269074