Jul 24, 2013

the wedding review #4 - our invitation card

hello.

bertemu kembali ke wedding review yg seterusnya.
hari ni aku rasa nak review pasal kad kahwin pulak.

so after kes INI, kami decide untuk tukar vendor and burn the deposit. malas dahla. masa dah terlalu suntuk.
kami ke LH Creative, give them the original design and mintak diorang print kan saja. layout semua dah siap, just produce je.
kami dapat harga murah sebab LH Creative adalah client kepada makcik Man.70sen per piece. aku rasa original price dia maybe dalam RM1 kot for this design.

original design we chose from MyOnecard


and yg best sekali kami dapat cepat gila! kitorang placed order Isnin, Selasa confirmkan draft, Sabtu dah boleh ambik yooo. memang laju.
sebab tu aku tak paham kenapa MyOneCard tu kena ambik sampai sebulan setengah nak siapkan kad aku? yes maybe kat LH aku pakai cable tapi kalau tak cable pun takkan sampai sebulan setengah ye tak?

masa dengan MyOneCard tu kitorang ambik pakej yg include kotak doorgift, kotak doorgft VIP, bunting, a few hardcover cards, guest book and button badges. bila dah tukar vendor, dalam pakej cuma ada cards and bunting aje. so PIL kena lah cari kotak lain for doorgifts.

dua bunting yg kami dapat tu pun akhirnya kami lupa gantung untuk kedua2 majlis.ada lagi bergulung molek dalam kereta.haha.aku rasa nak gantung dalam bilik.haha.

so kat bawah ni lah hasil akhirnya. envelope putih, no printing sebab kalau ada printing, setem dah jadi 80sen, kalau kosong baru 60sen.jimat 20sen woo.envelope orang buang je pun.



__________________________________________________________________

orang cakap malang tak berbau, majlis bertandang terpaksa ditunda sebab Pilihanraya ke-13 and they took away the hall for polling :(
nasib baik PIL belum distribute cards lagi. we have like 800 cards yg terpaksa ditukar tarikh and lokasinya. masa tu tersangatlah serabutnya taktau nak buat macam mana. aku suggest buat kad baru tapi yg lebih simple and murah lah, yg style postcards maybe, tapi Man cakap,"mana boleh majlis you kad cantik, majlis I kad biasa"... ya we compete with each other a lot masa preparation wedding on each side HAHA

so we refer back to LH, and fortunately they're willing to change the inlays for free plus RM100 for upah tampal balik the inlays. thank God for aunty Lang, our cable.haha.

bahagian depan kad tu, yg sudah di'hot stamping' kan dengan nama and tarikh resepsi tu memang tak boleh buat apa lah. kami cari initiative sendiri, just to strikethrough the dates dengan marker warna silver. cacat, tapi that'll do at that time.janji orang tak confuse. majlis lagi 3 minggu and PIL masih belum start menjemput.

oklah, till the next review :)

Jul 15, 2013

the wedding review #3 - Henna

I don't have a proper berinai ceremony. Just panggil orang datang buat inai kat rumah je.

actually mula2 aku memang taknak berinai ukir2 ni sebab as far yg aku tanya, mostly harga cecah RM150 to RM200. boleh beli microwave seketul weh.

last2 sekali aku google a nearby henna artist, jumpa la yg kat Kompleks Bukit Jambul. went to the shop on Thursday tapi tutup pulak, so I called and asked Henna Art Design to datang rumah the next day. apakah punya sempoi, malam esok nak nikah, pagi tu baru nak lukis inai -___-"

bridal henna depa charge RM100, oklah, beza RM50 dari yg I initially asked. siap mai rumah lagi.memang kena mai rumah pun sebab nak lukis kat kaki sekali kan.kalau lukis kat kedai, jenuh pulak aku kena kaki ayam sampai balik hehe.

lukisan dia quite artistic tapi aku tak berkenan inai yg dia letak kat hujung jari aku tu. it wasn't henna actually, macam colour je. aku rasa ni la yg pelakon2 pakai untuk scene bernikah gamaknya.

but disebabkan dah terlalu lambat untuk adjust apa2, aku redho aje dengan apa yg dia buat kat tangan aku. malam lepas nikah tu aku mintak pengapit pakaikan inai yg aku bancuh sendiri untuk menaikkan seri eceh.


 haa yg oren2 ni la aku tak berkenan.not sure dia pakai colouring apa entah dalam tube.



final output :)

husband punya inai aku tak pasti siapa yg pakaikan.walaupun macam comot sikit saya bersyukur dia mau jugak pakai inai.in fact inai dia sampai sekarang tahan, dah nak masuk 3bulan nikah :)



sampai sini dulu update kali ni :)

Jul 8, 2013

the wedding review #2 : nikah's attire

so we shall move on to the next review, that is our nikah's attire.

Baju Nikah
kain nikahku dibeli di Bandung semasa family trip ke Jakarta-Bandung early last year. masa kat kedai kain tu, masuk2 je terus terpana dengan lace ni. lace dia actually color pink masam gitu. tapi bila dah dipadankan dengan lining dah jadi color peach pulak. masa beli tu, belum risik or tunang lagi pun.haha gila confident.
tak mahal pun. 5meter lace and lining tak sampai RM150 pun,rasanya dalam RM130 kot.

teringin nak buat design ala-ala ButtonsMyButtons, ada buttons berderet kat belakang dress and a bow. boleh la walaupun tak sebijik. aku tempah dekat Weddings Galore in B.B.Bangi disebabkan kisah wedding dress tak jadi sewa and nak gunakan deposit dalam post ini 

since masa tunang aku dah pakai kain flowwy2 gitu, masa nikah aku opt for a decent kurung moden with kain meleret.walaupun sebenarnya hati macam meronta nak tempah peplum and nak pakai putih for nikah, disebabkan taknak membazir, aku redho je lah dengan pilihan aku sendiri setahun yg lalu hehe.



gambar baju yg full takde.ni je lah boleh nampakkan dia punya leret.

Veil
yg ni memang aku mencari nahas dengan bertekad untuk buat sendiri.haha.lagipun,kalau tempah, memang susah aku nak bagi color code dekat orang.lining color cream/gold kilat, lace color pink masam tapi bila combine jadi peach pula. so aku decide try la buat sendiri satu ni.
pusing Jalan TAR, masuk semua kedai kain nak cari border lace yg masuk dengan color baju nikah aku memang azab.tula sapa suruh pilih color susah2.haha.

last sekali masuk jugakla Jakel. Jakel ni memang aku nak elak sebab aku tahu memang mahal tak masuk akal. tapi sebab terpaksa, masuk jugak la. mula2 kakak Jakel suggest beaded border lace yg satu kuntum bunga dia sampai seratus.kalau nak patch atas veil cecah RM300 jugak. baik aku tempah je veil tu terus. tak sampai RM150.
setelah ditepis2, kakak tu offer border lace yg RM90, tapi aku cakap aku taknak, aku budget RM50 je. lepas kira2 kuntum2 bunga semua, aku ambik lace tu takat RM50 je and beli chiffon matching color RM15.gi potong bentuk D and jahit tepi.

aku dan pengapit, Ada bergilir2 la menjahit border lace tu and manik.harapkan aku, memang kuntum yg pertama aku dah give up and nak tempah saje haha. lepas tu aku beli mixed pearls online. ada pelbagai size and dalam tone colors yg sama.nak jahit pearls ni pun aku dah macam putus asa tapi dah separuh jalan, aku hadap jela sampai habis. and the outcome was pretty awesome. applause for me and Ada :D


hasil jahitan veil kami :)



Tudung
mula2 ingat nak pakai shawl je sbb senang nak kiss2 dahi after nikah kan.aku dah beli kain satin konon nak jahit tepi and jadikan shawl. sekali terpendek la pulak, tak cukup panjang nak jadi shawl. nasib baik a day before aku nampak tudung awning yg RM10 yg padan dengan color baju, aku rembat.aku beli dua as backup. satu putih untuk sanding, satu peach untuk nikah. Ya Tuhan, thank you for those back-ups.kalau tak memang takde tudung nikah aku tu. tudung RM10 jugak yg berguna haha.


tudung awning RM10 penyelamatku!


Baju Nikah Pengantin Lelaki
mula2 kitorang cari kain untuk buat baju melayu sama colour dengan lining. akibat PIL tak bersetuju sangat dengan sample2 yg kitorang bawak pulang tunjuk kat diorang, we gave the honour for them untuk carikan kain baju melayu tu. and we're glad we did! memang matching sangat dengan baju nikah aku lace on top. kalau lah kitorang proceed jugak beli sama colour dengan lining, memang hancus la jawabnya.
kain Thai silk, hantar kat regular tailor, Maroz tailor dekat Wisma Confident Wisma Yakin, design ala2 baju nikah husband Irma Hasmie gitu. sampin pakai yg sedia ada kat rumah je.handsome sungguh suami saya di hari pernikahan kami :)



colour yg amat susah untuk di matching kan.nasib baik padan.thank you PIL!

sampai di sini dulu update kali ni.later sambung k :)