"Anda mungkin jarang mendengar nama Qazem Nor yang merupakan seorang pelakon yang telah terlibat dengan dunia lakonan sejak 9 tahun yang lalu.
Pelakon lelaki ini di’jadualkan untuk bernikah pada 20 Oktober 2012 ini dan satu majlis resepsi yang mendapat tajaan penuh bakal berlangsung pada hari yang sama.
Namun, pihak penaja Mawex Sdn Bhd yang juga penganjur Malaysia Wedding Expo 2012 telah menarik diri & membatalkan penajaan atas alasan masalah kewangan.
“Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober yang lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos”
“Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya”
Laporan Harian Metro hari ini juga menyebut yang Qazem Nor telah membuat laporan polis pada 14 Oktober lalu dan berniat untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit sebagai satu pengajaran buat mereka. Hmm."
sumber klik SINI
bila aku baca cerita ni, aku rasa kesian dekat Qazem ni.
letak tepi dia artis suam2 kuku ke, tak famous ke, but still, dia pun orang.
situation ni tak adil bagi dia.
orang cakap dahla artis suam2 kuku, harapkan penajaan je, tak ada duit nak buat wedding sendiri, nikah sudahla.
here's the situation.
Malaysia Wedding Expo atau MAWEX dah berjanji untuk menaja majlis perkahwinan dia, lantik dia jadi duta, siap panggil buat press conference semua.
si Qazem ni dapat sponsorship,MAWEX dapat copyright atas semua gambar wedding, pelamin, caterer semua untuk tujuan promosi depa, secara tak langsung status dia as a pelakon walaupun tak famous sedikit sebanyak akan membantu marketing MAWEX. I think it's a win-win situation.
tiba-tiba seminggu sebelum majlis, MAWEX ni cakap nak cancel sponsorship atas sebab gerai-gerai expo tak dapat sambutan.
like hello, this is someone's wedding you're talking about.
you can't just cancel it whenever you feel like it.
put it this way.you have like RM20k untuk buat majlis.tiba-tiba seminggu sebelum majlis, caterer call, "eh saya tak boleh buatla catering majlis awak sebab saya tak cukup pekerja"
yes, you still have the 20k but mana nak cari caterer?kalau ada pun mungkin dia ketuk kaw2 sebab dia tau kita desperate. in the beginning, 20k cukup untuk 2000 tetamu, but disebabkan the hassle earlier, 20k now cukup untuk 800 tetamu je.lg 1200 yg kita jemput tu nak campak mana?
Orang yg komen sesedap oren je tu mungkin belum melalui sudah selesai berkahwin atau fasa hendak berkahwin macam aku ni.
Wedding wedding okay, aku tak bercakap pasal marriage is not about the pengantin saja.
tak semudah,"ah kalau majlis tak jadi, kau nikah sudahla, tu yg penting"
then katakanlah ada 1000 jemputan yg dah dijemput dan diberi kad, mcm mana nak bagitau semua 1000 jemputan tu?call sorang2,pastu cakap,"hello, majlis kahwin I tak jadi la 20hb ni, jangan datang tau"
then, macam mana dgn maruah parents kita yg dah beriya2 ajak kawan2 dia seantero negara.
adik-beradik kita, saudara mara, kawan2 yg mana dah booking hotel/flight tickets nak datang wedding kita?
it's not that easy okay.
kalaupun dia ada duit sendiri, mana nak cari caterer and dewan dalam masa 6 hari?
you think caterer nak layan ke?
dewan sudahlah, kalau kau tak cari setahun sebelum, memang harapan tu tipis sangat dah.
jangan cerita lah pasal pelamin, baju pengantin, mekap, goodies, photographers.
lepas tu macam mana nak bagitau semua jemputan, venue dah tukar dari dewan A to dewan B?
it's not all about the money, you know. duit boleh cari, maruah cannot.
bila dalam planning kau nak kahwin tu, kau kena libatkan hampir semua orang yg berkenaan dengan hidup kau, banyak benda kau kena consider, banyak hati kau nak kena jaga.
same goes kalau kau nak call the wedding off, you've got to take everything into considerations.
aku setuju si Qazem ni nak sue. at least for his dignity. tapi salahnya si Qazem ni, he got no plan B, tak ada contingency plan. tu je lah.
lastly, bagi yg sesedap oren kau je nak komen "yg wajib tu nikah, bukan sanding besar-besaran", if you really got balls, go tell your freaking statement to your parents la woi! tengok kalau kau tak dapat lempang, mungkin dapat kaki.
bak kata Mother, " aku bela hang besaq2, jadi orang elok2, hang konon nak buat nikah saja, ingat aku tak mampu nak buat majlis nak jamu orang?"
sekian.
setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)
No comments:
Post a Comment