Nov 7, 2012

Kursus Kahwin


weekend lepas aku menghadiri Kursus Kahwin di Wani Pesona dekat Setiawangsa.
Alhamdulillah, lengkap dah satu step lagi.banyak jugak info yg kami dapat especially pasal hal2 rasmi dan jugak sedikit bayangan bagaimana kehidupan rumahtangga akan bermula.
pada pendapat aku, elok pergi berdua dengan pasangan, especially tunang. pergi dlm 3-6months before majlis aku rasa just nice so that nanti bila dah kahwin boleh cakap kat husband/wife "Ingat tak apa ustaz tu cakap masa kursus kahwin hari tu?" haa gituu.

sedikit points yg aku boleh share kat sini.yg mana aku ingat and yg aku rasa penting.
sila matang dlm membaca points, kalau sebut pasal seks pun malu, sukar sedikit lah nak kahwin kan hehe.

1) bab Wali jangan diambil remeh.kita kena tahu susunan wali.bagi yg masih ada ayah, Alhamdulillah, maybe tak sukar melainkan ayah awak taknak walikan awak.yg lain, kena tahu wali meninggal and wali hilang.bila masa nak ambik adik beradik lelaki jd wali, and bila masa nak ambik wali hakim.check jangan tak check okay.

2) seks adalah penting dalam rumahtangga.banyak kali jugak ustaz2 tekankan soal ni.lelaki sekurang2 nya harus melakukan hubungan seks 3hari sekali.dinasihatkan 3bulan pertama perkahwinan, kekerapan seks adalah 3kali sehari.gulp!pingsan.bila masa tu nak buat?tak letih ke? -___-"

3) komunikasi pun sangat penting dlm perkahwinan.jangan ms bercinta saja gayut 8jam sehari, lepas kahwin tak bercakap sampai 8minggu. komunikasi termasuk lah verbal dan juga non verbal.contohnya tengok husband kerut je dah tau dia ada masalah apa.macam husband tengok wife macam bad mood je,faham2 lah dia tengah PMS.gituu

4) CERAI.jangan main dengan perkataan ni.senang cerita jangan terlintas di hati pun lah.husband jangan sesekali sebut, wife jangan sesekali kali provoke/cabar husband. cara nak praktis, jangan amalkan mintak putus dalam current relationship :)

5) Memasak,mengemas,basuh baju,jaga anak,bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. tapi disebabkan kitorang ni baik hati kitorang buat la jugak.tak cakap pun taknak buat, just mengharapkan bantuan dari suami especially bila dah ada anak nanti memandangkan kitorang isteri2 ni pun mostly berkerjaya.tak gitu?

6) dua ustaz tekankan pasal ni,jangan sesekali bergaduh depan anak.kalau tengah bertengkar/bergaduh,kalau anak tiba2 datang, stop immediately. berlakon ke apa ke, whatever it takes janji not in front of your kids.

7) One more thing about wali fasik.Fasik means yg jelas dan nyata terlibat dengan dosa besar macam berjudi,zina,minum arak mahupun syirik.kalau wali yg kita hendak lantik tu tak nyata,jelas dan secara terang2an terlibat dengan dosa besar,sebelum akad nikah tu wali hendaklah beristighfar dan mengucap 3 kali.pengantins, saksi pun boleh sama join istighfar dan mengucap.sesungguhnya kita pun tak lekang dari dosa :)

8) jarak antara anak adalah seelok2nya 3tahun. the calculations goes like this:
- mengandung 9bulan
- pantang 2bulan
- menyusukan anak 24bulan
total semua 35 bulan sama dengan 2tahun 11bulan or 3tahun lah senang cerita.so jangan rushing nak beranak,beranak dan beranak.'kilang' dia kita kena jaga.well, bagi aku, aku pentingkan quality dari quantity. biar sikit tapi semuanya jadi orang, jangan separuh jadi orang separuh jadi beruang hehe

9) dan ustaz ada jugak menyatakan, isteri berhak ke atas duit suami, tapi duit isteri adalah kepunyaan beliau sepenuhnya, melainkan beliau nak bagi kat awak la kan. makan, pakaian, tempat tinggal semua tanggungjawab mutlak suami.wajib belikan pakaian baru 6bulan sekali tapi seelok2nya sebulan
sekali.ehem! hahaha

10) kursus jugak ada menerangkan tentang dokumen2 yg perlu untuk proses permohonan nikah secara general.kalau korang kawen satu negeri,mudah.kalau awak asal Penang, tapi dah kerja kat KL lebih 3bulan, so awak boleh apply kat JAIPP and JAWI, janji wali awak datang sekali masa awak apply. so macam aku, Father kat Penang, nak nikah pun kat Penang, better mohon kat Penang je.
macam lelaki Selangor, kalau nak buat permohonan, kena bawak dua orang saksi.negeri lain tak payah.
hah, benda2 details macam ni yg kita banyaknya kurang arif dan mengakibatkan dokumen tak lengkap lalu kena ulang2 ke Pejabat Kadi.

11) 5tahun pertama perkahwinan adalah yg paling mencabar sekali and peratusan penceraian adalah mencecah 30% dalam tempoh ini tiba2 aku rasa aku mcm hos Wanita Hari Ini pulak.sebab tu tak ada nasihat lain selain,"bila dah kahwin ni,kena banyak2 sabar.kena kurangkan tolak,banyakkan ansur"

antara point2 lain yg aku nak share secara general adalah bila dah kahwin ni, kita kena bersedia untuk berubah, bersedia menerima perubahan dan bersabar dalam nak tunggu pasangan berubah.

the situation is like this,pasangan kita dah 26tahun hidup dengan gaya hidup dia sekarang, kita pun dah biasa hidup dengan gaya hidup kita sekarang, nak adapt hidup berkeluarga mungkin ambik masa sikit.depends atas individu.

macam aku,Mother dah biasa biarkan aku layan tido sampai tengahari,kadang2 dia biar sampai petang.sebab dulu katanya,aku dah puas bangun awal kat asrama,kesian, bagi la can dia nak bangun lambat,gitu.
macam tunang, sepanjang aku kenal dia, hujung minggu dia memang bangun awal, breakfast semua dulu, then baru kalau dia nak nap tengahari tu dia nap.

so kalau dah kahwin, aku tak boleh la nak bawak perangai aku yg tido sampai tengahari tu ke alam perkahwinan kadang2 takpe la, and suami aku nanti pun kena la paham kadang2 aku memerlukan tido sampai ke tengahari tu.
dan mcm aku, kena la paham suami ni jenis yg makan breakfast, so kena la bangun awal sediakan breakfast, then sambung la tido semula dengan suami.HAHA.

this is one of the adaptation situations yg kita perlu lalui rasanya.dan mungkin terlalu banyak yg kita perlu adapt lagi.so lepas kahwin pakat2 la kita berubah menjadi adaptor! haha.

antara sedikit sebanyak yg aku boleh share dari pengalaman aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan. kalau nak tau lebih lanjut, hadirilah sendiri ya! lagipun kalau nak kahwin, wajib ada Sijil ni tau. all the best!


yeay dah boleh kahwin.tapi sijil minggu ni baru nak ambik.huhu

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

5 comments:

  1. sara dtg singgah. dan dh linked shepha pn. happy preps darla :D

    ReplyDelete
  2. Cara pembayaran bank in/bnk transfer



    Mb acc=151071107847 (Nor Hasimah Binti bd Rahman)

    atau

    Cimb acc=02170014091526 (Mohd zool fazlee basir)



    Penghantaran barang = Poslaju (1-2 hari bekerja) ~ tracking number akan diberi selepas penghantaran

    Untuk penghantaran, mohon sertakan no.telefon alamat penuh beserta poskod

    ReplyDelete
  3. byk dah bnde yg aku blaja mase kursus kawen dulu aku da lupe da syifaaa~

    thanx sb tulis entry ni. ley jd reminder aku juge. hehe

    -syinteru152-

    **slamat berdebar2 jadik pengntin + bini orang ;)

    ReplyDelete
  4. byk dah bnde yg aku blaja mase kursus kawen dulu aku da lupe da syifaaa~

    thanx sb tulis entry ni. ley jd reminder aku juge. hehe

    -syinteru152-

    **slamat berdebar2 jadik pengntin + bini orang ;)

    ReplyDelete