Showing posts with label Officials. Show all posts
Showing posts with label Officials. Show all posts

Jan 7, 2013

of Pejabat Agama, Official Forms, Letters and Verifications

another to-do-list during my long forced leave checked!

I was very blur at first regarding all the official forms that we need to submit to Pejabat Agama, Kadi and all.
been asking around dekat kawan2 yg baru kahwin dekat Penang. tanya Shela, tapi dia zon lain,or in other words, daerah lain, so pejabat agama reference kami berlainan.
in the end I asked Shai, a former high-schoolmate of mine since aku bakal berkahwin di venue yg sama dengan Shai. Shai's been very helpful.
perlahan-lahan aku dah nampak sikit bayang apa benda nak submit and kat mana.

mula2 me and my brother,Afiq driver aku kat rumah hehe.love you adik! pegi yg dekat Masjid Negeri.ingatkan kat situ ada lah pejabat nya.pejabat memang ada tapi untuk hal nikah kahwin for zon Timur Laut, kena rujuk dekat Pejabat Agama sebelah Penang Free School.

so, ke sanalah kami. dekat situ staff bg one set of borangs yg berhelai2 dan briefing serba sedikit. below are the letters and borangs that I have received:


1) Checklist Dokumen Yang Diperlukan
  • Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (ORI & COPY)
  • Surat Pengesahan Anak Kariah
  • Sijil Kursus Pra-Perkahwinan (ORI & COPY)
  • Keputusan Ujian Saringan HIV (ORI) - kan ada 2copies yg aku bagitau dalam previous entry, salah satunya bagi masa submit ni la
  • Kebenaran Berkahwin lelaki
  • Surat Nikah Wali (ORI & COPY) - ni for pemohon perempuan je.nak sahkan status wali. well, it's now in my hand dah!
so untuk elakkan permohonan korang ditolak or kena datang Pejabat balik, make sure every documents on the list lengkap.

for my case, Man beralamat Selangor, dia dah check dengan Pejabat Agama Daerah yg terdekat aku rasa dia pergi  yg Gombak. Selangor punya permohonan canggih weh. isi online then print saja. 
tak pasti apa isunya tapi mengikut kata Man, Hulu Klang for now tak ada kariah macam mana ka, so boleh straight submit to Pej Agama Daerah.
oh ya for Permohonan Nikah Lelaki Selangor, kena bawak dua saksi masa submit borang. saksi borang lah senang cerita. bawaklah kawan2 je, senang sikit. saksi masa nikah kita kira lain hehe.




2) Borang Permohonan Untuk Berkahwin Bagi Perempuan (borang warna kuning)
dalam borang ni kena isi details diri, pasangan, wali, proposed nikah's date, hantaran, mahar, akuan status anak dara ke janda ke dan juga saksi kariah.then kena tandatangan.


3) Surat Pengesahan Anak Kariah
surat ni kena disahkan oleh Imam Masjid yg paling dekat dengan rumah korang untuk mengesahkan korang pemastautin situ. tak nikah kat masjid yg sama pun takpa, surat ni just untuk pengesahan.


4) Soalan Spot Temuduga Nak Kahwin
tak sure negeri lain ada ke tak, tapi Penang ada interview with Tok Kadi masa submit borang tu. siap ada soalan spot ni haa. yg highlighted tu rasanya yg selalu ditanya la kot aku assume saja. sebenarnya pemohon je kena interview, tapi sebagai first step untuk melayari bahtera rumahtangga bersama2, aku akan pastikan bakal suami akan diheret sekali untuk interview muahaha. antara soalan2 nya yg dihighlight:
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Istighfar
  • Selawat
  • Rukun Islam
  • Rukun Iman
  • Membaca Al-Fatihah
  • Sebab-sebab hadas besar

yg lain2 boleh baca kan?itu boleh la study, overview.takut2 Tok Kadi tetiba syok nak tanya, takdakla ternganga kan?hehe.dah la interview,kalau exam bertulis okay lagi haha.ngeri iols tau.

** dalam usaha membeli buku KAFA **



 5) Borang Ujian Saringan HIV
borang ni boleh bawak masa kita pi ujian saringan HIV tu, so dia boleh isi terus. tapi kalau masa pi HIV test tu kita belum ambik borang, worry not, nanti kepilkan saja keputusan tu dengan Borang Permohonan Nikah.


----------------------------------------------------

so mengikut pengalaman kawan2 yg aku dah tanya, masa kita submit borang and interview tu lah baru kita adjust dengan Tok Kadi time nak nikah. kadang2 Tok Kadi tak available or banyak sangat couple yg perlu beliau nikahkan kes masa cuti sekolah selalunya, masa ni la nak kawtim. sebab tu aku nak heret bakal suami sekali biar dia yg sembang.

dekat website ada satu lagi borang yg sepatutnya aku dapat iaitu Borang Wakalah Wali (borang jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah). aku try mintak belum confirm Abah confident tak nak nikahkan aku tapi mintak je la dah alang2 kan, tapi staff Pej Agama tu macam blur tak faham then dia cakap nanti bawak wali sekali. malas nak ulang2 borang yg aku cuba maksudkan,takpelah, adjust kemudian, heret Abah sekali pi Pej Agama hehe.

and nak submit borang plus interview ni pulak kena ikut time Kadi available. macam Kadi zon aku ni available on Khamis and Jumaat pagi saja. okay lah nasib baik stated in the form, kalau tak mau nya hari2 kena pi sana check Kadi ada ke tak.

setakat ni saja lah kot aku boleh kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku pergi ambil borang kat Pej Agama. baru ambil, belum submit. tak boleh submit lagi. paling awal 90 hari before nikah, kalau untuk tarikh aku, paling awal boleh submit 20 Jan ni. plannya cuti CNY nak balik submit sama2 and pergi ukur baju sanding belah Penang.
later aku share lagi proses2 submission and pengalaman interview ye.


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Jan 1, 2013

of HIV Test

Alhamdulillah most of my to-do-list during my long forced leave dah berjaya dilaksanakan. tinggal goodies je belum confirm. 

so let's start with the first item on the list, the HIV test.

21 Dec 2012 yang lepas, we went for the HIV test dekat Klinik Kesihatan Dato Keramat.
kitorang dah booking sebulan yang lepas, since we still have time, booking ajelah slot. nak walk-in pun boleh tapi saja takmau ambik risiko since cuti pun tak banyak hehe.

senang aje prosedurnya, kitorang pegi hari tu tak bawak borang dari pejabat agama pun sebab belum ambik lagi
kebetulan masa kitorang pegi tu tak ramai orang, ada dua couple termasuk kami.




isi borang borang dia boleh tahan banyak and tunggu masa untuk di'poke' for testing.
after dah kena poked then darah tu dititiskan di atas HIV test kit tu, bentuknya lebih kurang macam Pregnancy Test kit, ramai yg komen kat gambar cakap ingatkan pregnancy test kit hehe.
lepas tu nurse tu akan soal sikit2 macam "pernah melakukan seks tak?", "pernah ambil dadah tak?"
it's just a procedure.jangan kecik hati naa :)

then selesai. depa bagi 2 salinan borang yg kita isi tadi yg telah disahkan, satu salinan lampirkan dengan permohonan nikah, satu lagi masa nak dapatkan sign kariah masjid kalau tak salah. alamak! tak ingat la. kena recheck balik.
since nurse yg test kitorang tu orang utagha, kami speaking2 sikit, bodek2 sikit, aku dapat bawak balik test kit tu. yg Man punya dah dibuang sebelum sempat mintak hehe.



FYI , HIV test result ni valid for six months. tapi nurse tu kata sebaik2nya datang 3bulan sebelum. okay la tu kitorang datang 4bulan sebelum sebab takmau kalut. banyak benda belum settle lagi ni hehe.
and for HIV test boleh buat kat klinik kesihatan je tau.klinik 1Malaysia ke klinik ibu dan anak ke tak boleh. and some of my friends cakap boleh buat kat private clinics and endorsed kat klinik kesihatan jugak.
kalau yg masih awal, I advise you to book a slot, buat appointment, in case takut kalau walk in ramai orang. and klinik kesihatan ni pulak bukan everyday yg dia open for HIV test. better call and tanya tu pun kalau berangkat lah :/ 


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
later I sambung pasal borang pejabat agama pulak ye
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)