Showing posts with label Updates. Show all posts
Showing posts with label Updates. Show all posts
Nov 4, 2012
hari ke-50
05 NOV 2012 - masuk hari ke-50 kami bertunang.
Alhamdulillah so far so good.
Tunang sangat bekerjasama dalam menjayakan wedding dan marriage kami. langsung tak pernah complaint.
tapi beliau punya vision beyond the wedding sikit.dia sibuk cari televisyen, tilam dan sebagainya.
aku pulak sibuk cari baju, pelamin dan sebagainya.
nampak tak how we complete each other?haha.
dugaan-bertunang-wise,
between us, kitorang jarang sangat gaduh, gaduh teruk lagi la takde, well belum lagi, harap2 takde la sampai sudah.
gaduh biasa mcm couple and pasal benda2 bangang tu ada la sikit2.tapi tak lama pun.malam ni gaduh jerit2 nangis2, malam ni jugak settle.esok boleh pergi kerja seperti biasa.
and tunang pun nampak mcm makin sayang berlebih2an kat aku.haha.perasan.
kalau dalam message, dia dah tak bahasakan diri dia 'I' sangat dah.most of the times dia bahasakan diri dia, urm, well, our calling names. tak payah la bagitau kat sini.and dia selalu meluahkan sayang and rindu sebab tunang dia yg emo ni pernah cakap "I rasa you mcm dah tak sayang I" ngahahaha
kalau jalan2 pun dia selalu pegang tangan takmau lepas.hehe.harap2 lepas berkahwin pun begitulah hendaknya.amin.
kalau aku start nak emosi or stress out pasal wedding preparation kitorang, dia akan cool, dia takkan emosi sama. selalunya kalau aku dah give-up or cakap "ah malas la nak kahwin mcm ni!", dia akan take over things like "okay gimme the number, let me settle this okay"
cabaran kitorang dalam liku2 menuju majlis ni mostly dari parents la. biasala, dua2 anak sulung. I guess both of our parents are excited and nervous at the same time kot.
majlis diorang yg first kan, so they must make sure everything's perfect.so banyaknya kena ikut pilihan diorang walaupun duit kami.haha. *menangis bawah bantal*
nak pilih baju reception pun aku boleh stress sampai menangis layan lara sampai dua hari.tu yg keluaq ayat "ah malas la nak kawen mcm ni.malas!malas!malas!" siap tanda seru
colour macam ni blur, baju itu Shipa nampak gemuk, baju ni takdak kain meleret, haish haish.nasihat saya kepada bakal2 pengantin semua, nak pilih apa2, pelamin ka, baju ka, pi la dengan makpak hampa naa.senang, boleh decide on the dot.mcm kami, pilih punya pilih, try punya try, balik tunjuk gambaq kena reject.wakakaka.taktau nak gelak ka nak teriak ka.haha
yg paling mentekankan tunang aku adalah the aftermath money, if you get what I mean.
once after nikah kami terus masuk rumah sendiri rumah sewa, so plannya by March dah start sewa and dia dah nak duduk sekejap2 kat sana.you know lah kan kalau masuk rumah sewa deposit 2+1,bil elektrik,bil air,maintenance semua nak deposit.
tak campur petiais, washing machine, tv dan tilam lagi.semoga adalah di kalangan electrical appliances ni terselit antara hadiah kahwin haha.
yg paling menduga aku sekarang adalah tiada ability nak jumpa tunang selalu.
kami dah tak selalu keluar pun. mostly weekend je. or kalau weekdays jumpa pun sebab ada benda penting.
nak berjimat katakan.hehe.lepas ni tunang dah mula kerja part time dengan pakcik dia masa weekend.so makin la tak berjumpanya haha.
Alhamdulillah, rezeki tu ada :)
tak apalah.at least kami dekat, kalau apa2 boleh straight away pergi jumpa.
yg pasangan jauh2 lagi kesian. the girl buat preparation sorang2. bersyukurlah Shipa.
setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)
Oct 21, 2012
6 months to go
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
- macam dah bincang je :P
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
- Bride's side : Kenduri by Parents, everything else diri sendiri lor.
- Groom's side : Kenduri and goodies by Parents, everything else pun sendiri.
Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
- Bride's side : kemungkinan RECSAM, tapi belum book (risaunya!)
- Groom's side : Dewan AU2 Keramat, Kuala Lumpur
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
- MUA Nikah - Palestina (MUA Tunang)
- MUA Bride's Reception - macam nak ambik Palestina jugak tapi takpe, survey dulu
- MUA Groom's Reception - maybe ambik kawan Man, kat KL je.
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
- tengah survey lokasi yg sesuai
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
- Kursus Pra Perkahwinan booked on 3rd & 4th Nov, Setiawangsa
Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
- since now I already booked my reception dress, I can now plan my theme colour!
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
- Nikah : Baju Nikah belum tempah, both. Need to tempah custom made shawl also.
- Bride's Reception : Tradisional.Sabtu lepas letak deposit.for a champagne dress.and groom's baju pengantin yg mcm baju Tomok :D (actually cakap nak cari dengan Mother kat Penang tapi dah terbekenan.hope Mother tak marah hehe)
- Groom's Reception : tunggu dulu.maybe pergi cari dengan future PIL.
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
- I think dah finalise kot.
Latest update :
1. my handbag has reached Malaysia!erm, the only barang hantaran to start off with. haha
2. HIV test booked on 21st Dec 2012
3. now currently tengah review quotation photographers.
4. I think we're on track, kot.
5. so now, I have
a) photographers,
b) MUA,
c) baju nikah,
d) barang hantaran,
e) groom's side punya dress,
f) kad kahwin,
g) theme colour
h) perkara rasmi (submit borang nikah,interview dgn kadi,and book kadi)
i) pelamin and deco hantaran
j) goodies
... to worry about :)
by the end of November mungkin dah boleh settlekan booking photographers, set theme colour or maybe booking pelamin.
perkara rasmi by February baru boleh buat sebab kebenaran bernikah valid 3bulan saja.
hal2 entertainment such playlist lagu masa majlis, kompang, marching band or kereta pengantin boleh dibuat kemudian.
I think we're kinda good, masih lagi on track sebab dapat bakal pengantin yg emosi dan mudah histeria apabila persiapan tak ikut timeline :P
Alhamdulillah dapat partner yg tak merungut, and wedding planners tak berbayar yg redho je walaupun terpaksa bersila di butik.haha
setakat ini sahaja update untuk kali ini.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)