Nov 29, 2012

Marriage : A Little Bit Of Everything

masa kursus kahwin hari tu, Ustaz ada tanya, "apa matlamat anda berkahwin?"
terkedu sekejap aku. I don't have the exact answer. I was pretty sure 85% of the hall that day were as confused as I was hehe.

Marriage...
I believe marriage is a stage where you are completing your life.
You have gone through baby stage, toddler stage, kids stage, teenagers stage and now you're in the adult stage.
One part of the adult stage is getting married.
I am approaching that stage of life where people get married, if you know what I mean.
So now I'm completing my adult stage I'm currently in.haha.

Sejujurnya, aku rasa perkahwinan ni is a little bit of everything.
Cinta, Kasih Sayang, Agama, Tanggungjawab, Keluarga, Nafsu.

Cinta,
kebanyakan pasangan nowadays kahwin atas dasar cinta. susah lah nak cari yg kena kahwin paksa ni. kalau ada pun maybe kes minoriti. sama jugak macam aku. aku finally found the guy yg mencintai aku sepenuh hati dia, dan kami saling mencintai. dalam usaha untuk melestarikan cinta kami, maka kami berkahwin. apakah lestari pula ni?

Kasih Sayang,
bila bercinta, mestilah include kan kasih sayang. nanti bila dah ada anak2, maka kasih sayang tu pun berkembang dan bertumbuh dalam diri anak2 pulak.gituu

Agama,
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)

Baginda bersabda: “Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”. (Riwayat Al-Tabrani)


Perkahwinan/Pernikahan is a part of iman. Perkahwinan banyak membawa kebaikan dalam hidup muslimin dan muslimat. 
sebagai contohnya, perempuan yg sebelum ni tak menutup aurat, lepas kahwin tengok elok je berhijab, bukan kah bagus tu? kalau lelaki pulak, sebelum kahwin macam tak tentu hala, tengok2 lepas kahwin jadi lebih elok, bertanggungjawab and lebih menjaga pegangan agamanya :)

Tanggungjawab & Keluarga
aku combinekan tanggungjawab dan keluarga ni sekali sebab aku rasa semacam menjadi tanggungjawab aku melengkapkan hidup aku dan sekaligus melengkapkan hidup keluarga aku. 
Sebagai anak sulung aku rasa bertanggungjawab untuk kurniakan menantu pertama dan cucu-cucu untuk parents aku, plus kurniakan anak-anak menakan untuk adik-adik aku.ye,memang aku fikir sampai tahap tu.
when I brought fiance home for the first time, you should see how happy my parents were.they even addressed themselves as 'Mama' and 'Abah' to fiance haha.mungkin dalam hati depa like,"ada jugak orang nak kat anak aku nih" LOL.
and paling cute bila adik2 tak sabar nak jadi uncles and aunty.yg belah Man lagi best, adik ipar cakap,"ooo nanti Abang akan jadi Pak Ngah la kan?".
woo woo relax adik2.haha
Parents were so happy they can finally organize a wedding ceremony for their daughter and they finally can invite their friends to their first kenduri ever.hehe. no more soalan, "Mid, hang bila lagi nak buat kenduri?"
I'm glad I can make them happy before aku berpindah hakmilik.choii.sedih pula ni.

Nafsu,
Ah, takkan la yang ni pun akak nak kena terangkan dek non? haha. oklah, semua orang mempunyai nafsu.nafsu makan,nafsu tido,nafsu shopping dan nafsu terhadap jantina yang berlawanan. tipu lah cakap masa couple or tunang takde rasa 'geram' kat pasangan masing2 kan? so untuk elakkan kita melakukan lebih banyak dosa, maka kita berkahwin lah untuk menghalalkan perhubungan. Lepas kahwin, buat apa pun pahala tau. gituu.

________________________________________________________

Bila dah tau matlamat, kita kena la berusaha untuk mencapai matlamat itu. Jangan pasang matlamat je sampai ke tua.hehe.
InsyaAllah, aku harap aku dapat carry out those matlamat yg aku dah tetapkan dalam hati aku.
and Alhamdulillah having such a wonderful other half, aku sangat bersyukur sebenarnya. beliau memang sangat menyenangkan hati, mudah to talk to and paling tidak merungut sekali. tak pernah lagi dia complaint "susahlah nak kahwin ni", yg tunang dia ni selalu sangat dah.haha.dia selalu complaint pasal Maxis telan kredit dia je hehe.


Bagi aku, kahwin untuk mengelakkan maksiat, perkara yg kurang tepat. tak salah, tapi tujuan tu macam dah kurang strong dah.
there's more to marriage than just having sex. a lot more when we decided to have kids.
waking up to the one you love, tau ada someone yg akan jaga kita, sayang kita dan keluarga kita, risaukan kita is something indescribable in one word MARRIAGE sahaja.
it's a little bit of everything :)

looking forward to this marriage, may it always be blessed, InsyaAllah.



setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)


Nov 28, 2012

Kesedaran Tentang Kesihatan & Kecantikan

semenjak dua menjak nak kahwin ni, aku sangat concern pasal kesihatan dan kecantikan aku.
to be honest, mestilah pasal kecantikan yang kita lebihkan, kan?

dulu boleh bersiap nak pergi kerja without even looking at the mirror pun. sekarang ni, serba serbi aku belek depan cermin. bila kita dah makin teliti, makin banyak lah flaw yang kita jumpa kat diri sendiri.

parut, dark skins and dry skins are everywhere suddenly.
perlahan-lahan aku googled up supplements and creams or gels to repair my skin.
try jugak cari supplement tapi mostly semua mahal2, I can't afford expensive one while I'm saving for my wedding kan?
and I also bought some creams to repair my skins.
lately muka senang sangat naik jerawat and the pimple left such ugly dark spots. jerawat tu sudahlah satu hal, kesan jerawat tu satu hal lagi nak hilangkan.
and all those dark areas and I need to lighten up, sheesh, so much work to be done.
susahnya jadi perempuan.haha.padahal dulu tak pernah kisah pun.haha

below are the products I purchased recently once dapat gaji:




1) Cherry Pink Lip Cream from Cosway. (RM22.50 Member's Price) - LINK
Function : to repair lips, make lips more pink and lighter. it also fades darkened nipples naturally with continuous use
a high-school friend suggested me this product, dia cakap berkesan, so let give this a try.basically produk ni akan mencerahkan 2 bahagian tubuh kita dan juga menjadikannya lebih naturally pink. so yeah. dah tau kan fungsi utamanya untuk apa?haha

2) L’élan Vital Intense Skin Lightening Cream by Cosway 
(RM29.90 Member's Price) - LINK
Function : The Perfect Solution for Improving the Appearance of Hyperpigmentation, Freckles, Sun Damage, Age Spots, Acne Spots, Raised Scars, Dark Patches, Bikini Line, Hand Spots, Elbow Spots, Cleavage Spots, Ankle Spots, Knee Spots, Underarms Spots, Post Pregnancy Spots and any other dark spots on your body
this one aku nak try pakai for celah-celah pelipat yang macam gelap sikit tu. sebenarnya tak berapa obvious pun tapi I just wanna be perfect for my husband nanti :)

3) BWhite Supplement (RM45 kat stall2 jamu.mungkin boleh dpt lg murah sampai RM42) - LINK
Function : to repair skin from within. kurangkan kulit berminyak, kurangkan jerawat and cepatkan pemulihan parut jerawat as I read in the testimonials online.
aku pilih yang ni sebab banyak positive review and it is quite cheap. mampu milik la. RM45 for 14 sachets of 3grams. 1 month punya supply more or less dlm RM90 la.
and my uni-mate cakap, dia pernah makan, and during that period, muka dia less berminyak and kulit muka rasa glowing.
ni hari kedua aku makan BWhite ni.senang je, telan serbuk then minum air kosong secukupnya.


4) Mederma (mahal weh sampai RM40.90) - LINK
Function : clinically shown to improve the overall appearance, color and texture of scars, making them softer, smoother and less noticeable. Work for old and new scars from cuts, surgery, acne or burns.Are from the #1 doctor and pharmacist- recommended brand for scars
since banyak jerawat tumbuh kat muka aku sekarang, I need a product to lightens the acne scars. stress betul, tinggal parut2 hitam pulak kat muka aku ni. previously aku pakai HirusScar. tube kecik 5gram tu tahan dalam sebulan. not bad, nampak la makin fade parut aku, I just wanna try Mederma ni, kalau tak berkesan macam HirusScar, aku akan kembali menggunakan yg tu. Mahal kot Mederma ni, kalau tak berkesan taktau nak kata apa. huhu.

aku baru sangat2 beli products ni, baru pakai dalam 3 hari, belum nampak kesannya lagi. InsyaAllah akan direview kalau aku perasan ada kesan. haha.


___________________________________________________________

okay ni cerita lain. tapi berkait dengan kesihatan jugak
walaupun aku ni Girls' School dari form1 - form 3, aku masih belum dapat Rubella vaccination aku. seingat aku, masa form 3 dapat satu jab aje, and I have checked my buku rekod kesihatan yg color dark blue tu, yg aku dapat adalah vaccination Anti-Tetanus (anti - kancing gigi)

Rubella basically vaccination yang kita kena ambik sebelum kita mengandung to protect us from Rubella virus masa mengandung.

read about Rubella HERE

I came across this Consultant Obstetrician and Gynaecologist's blog, Dr. Suhaimi. terlintas di hatiku nak bertanyakan pasal suntikan Rubella ni. so, I dropped a comment. semangat aku nih!

Question : 
"salam doktor,
sorry maybe saya salah topik but i couldn't find your email anywhere in this blog
i would like to seek your advise regarding rubella.i am getting married next year and i'm a bit concerned since i haven't got my rubella vaccination yet.
rubella was supposedly given during form 3 but according to my buku kesihatan,the only jab i received during form 3 was anti-tetanus.
where should i get and when should i get vaccinated referring to my condition above?
thanks doc!"

Answer : 
"Memang rubella diberi masa form 3. Kalau anda miss cuba cari di kelinik GP atau hospital swasta. Kalau tak ada juga berjumpa dengan kelinik kesihatan kerajaan. If u cant find it no need to worry too much. It is very rare to get rubella infection."

ohho...begitu ke? tapi demi protection dan keselamatan, advisable pergi la ambik jab tu ye. pergi je klinik swasta biasa then claim la dekat company ye dok?

teringat cerita cikgu Biologi aku dulu, dia cakap dia memang sengaja refused for Rubella jab sebab dia nak husband dia sendiri bawak dia pergi cucuk nanti. haha. sweet but dangerous. buatnya lupa? hehe. nasib baik ingat, dah anak dua dah pun, masa tu la. sekarang tak pasti hehe.

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Nov 7, 2012

Kursus Kahwin


weekend lepas aku menghadiri Kursus Kahwin di Wani Pesona dekat Setiawangsa.
Alhamdulillah, lengkap dah satu step lagi.banyak jugak info yg kami dapat especially pasal hal2 rasmi dan jugak sedikit bayangan bagaimana kehidupan rumahtangga akan bermula.
pada pendapat aku, elok pergi berdua dengan pasangan, especially tunang. pergi dlm 3-6months before majlis aku rasa just nice so that nanti bila dah kahwin boleh cakap kat husband/wife "Ingat tak apa ustaz tu cakap masa kursus kahwin hari tu?" haa gituu.

sedikit points yg aku boleh share kat sini.yg mana aku ingat and yg aku rasa penting.
sila matang dlm membaca points, kalau sebut pasal seks pun malu, sukar sedikit lah nak kahwin kan hehe.

1) bab Wali jangan diambil remeh.kita kena tahu susunan wali.bagi yg masih ada ayah, Alhamdulillah, maybe tak sukar melainkan ayah awak taknak walikan awak.yg lain, kena tahu wali meninggal and wali hilang.bila masa nak ambik adik beradik lelaki jd wali, and bila masa nak ambik wali hakim.check jangan tak check okay.

2) seks adalah penting dalam rumahtangga.banyak kali jugak ustaz2 tekankan soal ni.lelaki sekurang2 nya harus melakukan hubungan seks 3hari sekali.dinasihatkan 3bulan pertama perkahwinan, kekerapan seks adalah 3kali sehari.gulp!pingsan.bila masa tu nak buat?tak letih ke? -___-"

3) komunikasi pun sangat penting dlm perkahwinan.jangan ms bercinta saja gayut 8jam sehari, lepas kahwin tak bercakap sampai 8minggu. komunikasi termasuk lah verbal dan juga non verbal.contohnya tengok husband kerut je dah tau dia ada masalah apa.macam husband tengok wife macam bad mood je,faham2 lah dia tengah PMS.gituu

4) CERAI.jangan main dengan perkataan ni.senang cerita jangan terlintas di hati pun lah.husband jangan sesekali sebut, wife jangan sesekali kali provoke/cabar husband. cara nak praktis, jangan amalkan mintak putus dalam current relationship :)

5) Memasak,mengemas,basuh baju,jaga anak,bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. tapi disebabkan kitorang ni baik hati kitorang buat la jugak.tak cakap pun taknak buat, just mengharapkan bantuan dari suami especially bila dah ada anak nanti memandangkan kitorang isteri2 ni pun mostly berkerjaya.tak gitu?

6) dua ustaz tekankan pasal ni,jangan sesekali bergaduh depan anak.kalau tengah bertengkar/bergaduh,kalau anak tiba2 datang, stop immediately. berlakon ke apa ke, whatever it takes janji not in front of your kids.

7) One more thing about wali fasik.Fasik means yg jelas dan nyata terlibat dengan dosa besar macam berjudi,zina,minum arak mahupun syirik.kalau wali yg kita hendak lantik tu tak nyata,jelas dan secara terang2an terlibat dengan dosa besar,sebelum akad nikah tu wali hendaklah beristighfar dan mengucap 3 kali.pengantins, saksi pun boleh sama join istighfar dan mengucap.sesungguhnya kita pun tak lekang dari dosa :)

8) jarak antara anak adalah seelok2nya 3tahun. the calculations goes like this:
- mengandung 9bulan
- pantang 2bulan
- menyusukan anak 24bulan
total semua 35 bulan sama dengan 2tahun 11bulan or 3tahun lah senang cerita.so jangan rushing nak beranak,beranak dan beranak.'kilang' dia kita kena jaga.well, bagi aku, aku pentingkan quality dari quantity. biar sikit tapi semuanya jadi orang, jangan separuh jadi orang separuh jadi beruang hehe

9) dan ustaz ada jugak menyatakan, isteri berhak ke atas duit suami, tapi duit isteri adalah kepunyaan beliau sepenuhnya, melainkan beliau nak bagi kat awak la kan. makan, pakaian, tempat tinggal semua tanggungjawab mutlak suami.wajib belikan pakaian baru 6bulan sekali tapi seelok2nya sebulan
sekali.ehem! hahaha

10) kursus jugak ada menerangkan tentang dokumen2 yg perlu untuk proses permohonan nikah secara general.kalau korang kawen satu negeri,mudah.kalau awak asal Penang, tapi dah kerja kat KL lebih 3bulan, so awak boleh apply kat JAIPP and JAWI, janji wali awak datang sekali masa awak apply. so macam aku, Father kat Penang, nak nikah pun kat Penang, better mohon kat Penang je.
macam lelaki Selangor, kalau nak buat permohonan, kena bawak dua orang saksi.negeri lain tak payah.
hah, benda2 details macam ni yg kita banyaknya kurang arif dan mengakibatkan dokumen tak lengkap lalu kena ulang2 ke Pejabat Kadi.

11) 5tahun pertama perkahwinan adalah yg paling mencabar sekali and peratusan penceraian adalah mencecah 30% dalam tempoh ini tiba2 aku rasa aku mcm hos Wanita Hari Ini pulak.sebab tu tak ada nasihat lain selain,"bila dah kahwin ni,kena banyak2 sabar.kena kurangkan tolak,banyakkan ansur"

antara point2 lain yg aku nak share secara general adalah bila dah kahwin ni, kita kena bersedia untuk berubah, bersedia menerima perubahan dan bersabar dalam nak tunggu pasangan berubah.

the situation is like this,pasangan kita dah 26tahun hidup dengan gaya hidup dia sekarang, kita pun dah biasa hidup dengan gaya hidup kita sekarang, nak adapt hidup berkeluarga mungkin ambik masa sikit.depends atas individu.

macam aku,Mother dah biasa biarkan aku layan tido sampai tengahari,kadang2 dia biar sampai petang.sebab dulu katanya,aku dah puas bangun awal kat asrama,kesian, bagi la can dia nak bangun lambat,gitu.
macam tunang, sepanjang aku kenal dia, hujung minggu dia memang bangun awal, breakfast semua dulu, then baru kalau dia nak nap tengahari tu dia nap.

so kalau dah kahwin, aku tak boleh la nak bawak perangai aku yg tido sampai tengahari tu ke alam perkahwinan kadang2 takpe la, and suami aku nanti pun kena la paham kadang2 aku memerlukan tido sampai ke tengahari tu.
dan mcm aku, kena la paham suami ni jenis yg makan breakfast, so kena la bangun awal sediakan breakfast, then sambung la tido semula dengan suami.HAHA.

this is one of the adaptation situations yg kita perlu lalui rasanya.dan mungkin terlalu banyak yg kita perlu adapt lagi.so lepas kahwin pakat2 la kita berubah menjadi adaptor! haha.

antara sedikit sebanyak yg aku boleh share dari pengalaman aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan. kalau nak tau lebih lanjut, hadirilah sendiri ya! lagipun kalau nak kahwin, wajib ada Sijil ni tau. all the best!


yeay dah boleh kahwin.tapi sijil minggu ni baru nak ambik.huhu

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Nov 4, 2012

hari ke-50


05 NOV 2012 - masuk hari ke-50 kami bertunang.

Alhamdulillah so far so good.
Tunang sangat bekerjasama dalam menjayakan wedding dan marriage kami. langsung tak pernah complaint.
tapi beliau punya vision beyond the wedding sikit.dia sibuk cari televisyen, tilam dan sebagainya.
aku pulak sibuk cari baju, pelamin dan sebagainya.
nampak tak how we complete each other?haha.

dugaan-bertunang-wise,
between us, kitorang jarang sangat gaduh, gaduh teruk lagi la takde, well belum lagi, harap2 takde la sampai sudah.
gaduh biasa mcm couple and pasal benda2 bangang tu ada la sikit2.tapi tak lama pun.malam ni gaduh jerit2 nangis2, malam ni jugak settle.esok boleh pergi kerja seperti biasa.
and tunang pun nampak mcm makin sayang berlebih2an kat aku.haha.perasan.
kalau dalam message, dia dah tak bahasakan diri dia 'I' sangat dah.most of the times dia bahasakan diri dia, urm, well, our calling names. tak payah la bagitau kat sini.and dia selalu meluahkan sayang and rindu sebab tunang dia yg emo ni pernah cakap "I rasa you mcm dah tak sayang I" ngahahaha 
kalau jalan2 pun dia selalu pegang tangan takmau lepas.hehe.harap2 lepas berkahwin pun begitulah hendaknya.amin.

kalau aku start nak emosi or stress out pasal wedding preparation kitorang, dia akan cool, dia takkan emosi sama. selalunya kalau aku dah give-up or cakap "ah malas la nak kahwin mcm ni!", dia akan take over things like "okay gimme the number, let me settle this okay"
cabaran kitorang dalam liku2 menuju majlis ni mostly dari parents la. biasala, dua2 anak sulung. I guess both of our parents are excited and nervous at the same time kot.
majlis diorang yg first kan, so they must make sure everything's perfect.so banyaknya kena ikut pilihan diorang walaupun duit kami.haha. *menangis bawah bantal*
nak pilih baju reception pun aku boleh stress sampai menangis layan lara sampai dua hari.tu yg keluaq ayat "ah malas la nak kawen mcm ni.malas!malas!malas!" siap tanda seru
colour macam ni blur, baju itu Shipa nampak gemuk, baju ni takdak kain meleret, haish haish.nasihat saya kepada bakal2 pengantin semua, nak pilih apa2, pelamin ka, baju ka, pi la dengan makpak hampa naa.senang, boleh decide on the dot.mcm kami, pilih punya pilih, try punya try, balik tunjuk gambaq kena reject.wakakaka.taktau nak gelak ka nak teriak ka.haha

yg paling mentekankan tunang aku adalah the aftermath money, if you get what I mean.
once after nikah kami terus masuk rumah sendiri rumah sewa, so plannya by March dah start sewa and dia dah nak duduk sekejap2 kat sana.you know lah kan kalau masuk rumah sewa deposit 2+1,bil elektrik,bil air,maintenance semua nak deposit.
tak campur petiais, washing machine, tv dan tilam lagi.semoga adalah di kalangan electrical appliances ni terselit antara hadiah kahwin haha.

yg paling menduga aku sekarang adalah tiada ability nak jumpa tunang selalu.
kami dah tak selalu keluar pun. mostly weekend je. or kalau weekdays jumpa pun sebab ada benda penting.
nak berjimat katakan.hehe.lepas ni tunang dah mula kerja part time dengan pakcik dia masa weekend.so makin la tak berjumpanya haha.
Alhamdulillah, rezeki tu ada :)
tak apalah.at least kami dekat, kalau apa2 boleh straight away pergi jumpa.
yg pasangan jauh2 lagi kesian. the girl buat preparation sorang2. bersyukurlah Shipa.

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)