Jan 7, 2013

of Pejabat Agama, Official Forms, Letters and Verifications

another to-do-list during my long forced leave checked!

I was very blur at first regarding all the official forms that we need to submit to Pejabat Agama, Kadi and all.
been asking around dekat kawan2 yg baru kahwin dekat Penang. tanya Shela, tapi dia zon lain,or in other words, daerah lain, so pejabat agama reference kami berlainan.
in the end I asked Shai, a former high-schoolmate of mine since aku bakal berkahwin di venue yg sama dengan Shai. Shai's been very helpful.
perlahan-lahan aku dah nampak sikit bayang apa benda nak submit and kat mana.

mula2 me and my brother,Afiq driver aku kat rumah hehe.love you adik! pegi yg dekat Masjid Negeri.ingatkan kat situ ada lah pejabat nya.pejabat memang ada tapi untuk hal nikah kahwin for zon Timur Laut, kena rujuk dekat Pejabat Agama sebelah Penang Free School.

so, ke sanalah kami. dekat situ staff bg one set of borangs yg berhelai2 dan briefing serba sedikit. below are the letters and borangs that I have received:


1) Checklist Dokumen Yang Diperlukan
  • Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (ORI & COPY)
  • Surat Pengesahan Anak Kariah
  • Sijil Kursus Pra-Perkahwinan (ORI & COPY)
  • Keputusan Ujian Saringan HIV (ORI) - kan ada 2copies yg aku bagitau dalam previous entry, salah satunya bagi masa submit ni la
  • Kebenaran Berkahwin lelaki
  • Surat Nikah Wali (ORI & COPY) - ni for pemohon perempuan je.nak sahkan status wali. well, it's now in my hand dah!
so untuk elakkan permohonan korang ditolak or kena datang Pejabat balik, make sure every documents on the list lengkap.

for my case, Man beralamat Selangor, dia dah check dengan Pejabat Agama Daerah yg terdekat aku rasa dia pergi  yg Gombak. Selangor punya permohonan canggih weh. isi online then print saja. 
tak pasti apa isunya tapi mengikut kata Man, Hulu Klang for now tak ada kariah macam mana ka, so boleh straight submit to Pej Agama Daerah.
oh ya for Permohonan Nikah Lelaki Selangor, kena bawak dua saksi masa submit borang. saksi borang lah senang cerita. bawaklah kawan2 je, senang sikit. saksi masa nikah kita kira lain hehe.




2) Borang Permohonan Untuk Berkahwin Bagi Perempuan (borang warna kuning)
dalam borang ni kena isi details diri, pasangan, wali, proposed nikah's date, hantaran, mahar, akuan status anak dara ke janda ke dan juga saksi kariah.then kena tandatangan.


3) Surat Pengesahan Anak Kariah
surat ni kena disahkan oleh Imam Masjid yg paling dekat dengan rumah korang untuk mengesahkan korang pemastautin situ. tak nikah kat masjid yg sama pun takpa, surat ni just untuk pengesahan.


4) Soalan Spot Temuduga Nak Kahwin
tak sure negeri lain ada ke tak, tapi Penang ada interview with Tok Kadi masa submit borang tu. siap ada soalan spot ni haa. yg highlighted tu rasanya yg selalu ditanya la kot aku assume saja. sebenarnya pemohon je kena interview, tapi sebagai first step untuk melayari bahtera rumahtangga bersama2, aku akan pastikan bakal suami akan diheret sekali untuk interview muahaha. antara soalan2 nya yg dihighlight:
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Istighfar
  • Selawat
  • Rukun Islam
  • Rukun Iman
  • Membaca Al-Fatihah
  • Sebab-sebab hadas besar

yg lain2 boleh baca kan?itu boleh la study, overview.takut2 Tok Kadi tetiba syok nak tanya, takdakla ternganga kan?hehe.dah la interview,kalau exam bertulis okay lagi haha.ngeri iols tau.

** dalam usaha membeli buku KAFA **



 5) Borang Ujian Saringan HIV
borang ni boleh bawak masa kita pi ujian saringan HIV tu, so dia boleh isi terus. tapi kalau masa pi HIV test tu kita belum ambik borang, worry not, nanti kepilkan saja keputusan tu dengan Borang Permohonan Nikah.


----------------------------------------------------

so mengikut pengalaman kawan2 yg aku dah tanya, masa kita submit borang and interview tu lah baru kita adjust dengan Tok Kadi time nak nikah. kadang2 Tok Kadi tak available or banyak sangat couple yg perlu beliau nikahkan kes masa cuti sekolah selalunya, masa ni la nak kawtim. sebab tu aku nak heret bakal suami sekali biar dia yg sembang.

dekat website ada satu lagi borang yg sepatutnya aku dapat iaitu Borang Wakalah Wali (borang jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah). aku try mintak belum confirm Abah confident tak nak nikahkan aku tapi mintak je la dah alang2 kan, tapi staff Pej Agama tu macam blur tak faham then dia cakap nanti bawak wali sekali. malas nak ulang2 borang yg aku cuba maksudkan,takpelah, adjust kemudian, heret Abah sekali pi Pej Agama hehe.

and nak submit borang plus interview ni pulak kena ikut time Kadi available. macam Kadi zon aku ni available on Khamis and Jumaat pagi saja. okay lah nasib baik stated in the form, kalau tak mau nya hari2 kena pi sana check Kadi ada ke tak.

setakat ni saja lah kot aku boleh kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku pergi ambil borang kat Pej Agama. baru ambil, belum submit. tak boleh submit lagi. paling awal 90 hari before nikah, kalau untuk tarikh aku, paling awal boleh submit 20 Jan ni. plannya cuti CNY nak balik submit sama2 and pergi ukur baju sanding belah Penang.
later aku share lagi proses2 submission and pengalaman interview ye.


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Jan 1, 2013

of HIV Test

Alhamdulillah most of my to-do-list during my long forced leave dah berjaya dilaksanakan. tinggal goodies je belum confirm. 

so let's start with the first item on the list, the HIV test.

21 Dec 2012 yang lepas, we went for the HIV test dekat Klinik Kesihatan Dato Keramat.
kitorang dah booking sebulan yang lepas, since we still have time, booking ajelah slot. nak walk-in pun boleh tapi saja takmau ambik risiko since cuti pun tak banyak hehe.

senang aje prosedurnya, kitorang pegi hari tu tak bawak borang dari pejabat agama pun sebab belum ambik lagi
kebetulan masa kitorang pegi tu tak ramai orang, ada dua couple termasuk kami.




isi borang borang dia boleh tahan banyak and tunggu masa untuk di'poke' for testing.
after dah kena poked then darah tu dititiskan di atas HIV test kit tu, bentuknya lebih kurang macam Pregnancy Test kit, ramai yg komen kat gambar cakap ingatkan pregnancy test kit hehe.
lepas tu nurse tu akan soal sikit2 macam "pernah melakukan seks tak?", "pernah ambil dadah tak?"
it's just a procedure.jangan kecik hati naa :)

then selesai. depa bagi 2 salinan borang yg kita isi tadi yg telah disahkan, satu salinan lampirkan dengan permohonan nikah, satu lagi masa nak dapatkan sign kariah masjid kalau tak salah. alamak! tak ingat la. kena recheck balik.
since nurse yg test kitorang tu orang utagha, kami speaking2 sikit, bodek2 sikit, aku dapat bawak balik test kit tu. yg Man punya dah dibuang sebelum sempat mintak hehe.



FYI , HIV test result ni valid for six months. tapi nurse tu kata sebaik2nya datang 3bulan sebelum. okay la tu kitorang datang 4bulan sebelum sebab takmau kalut. banyak benda belum settle lagi ni hehe.
and for HIV test boleh buat kat klinik kesihatan je tau.klinik 1Malaysia ke klinik ibu dan anak ke tak boleh. and some of my friends cakap boleh buat kat private clinics and endorsed kat klinik kesihatan jugak.
kalau yg masih awal, I advise you to book a slot, buat appointment, in case takut kalau walk in ramai orang. and klinik kesihatan ni pulak bukan everyday yg dia open for HIV test. better call and tanya tu pun kalau berangkat lah :/ 


setakat ni sahaja update untuk kali ni.
later I sambung pasal borang pejabat agama pulak ye
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

of JPO and hantarans

Man's been following his uncle doing cooking demo all over the states and he managed to stop by Johor Premium Outlets previously and decided it's worth it for us to travel all the way from KL to JB just to buy stuff from JPO.

so we picked out one of the weekends in Dec to spend time and money I mean lotsa money there, in JPO.
nak pegi beli barang Man la yg banyaknya. barang aku dah separuh settle. masa tu tinggal perfume, kasut and jam je.

sakan la Man shopping. lelaki kalau jin shopping merasuk, memang lain macam. merasa la aku jadi lelaki sekejap, tunggu dia shopping kat dalam sambil aku lepak kat luar atas bench.HAHA.

so he bought his hantaran's shirt from G2000, shoes from Pedro and shirts for his dad and granddad. and I bought watches for both of us dah janji nak belanja beliau hehe , a Fossil's purse and a Padini's blouse.
jam dekat butik fossil sangat murah. masa tu tengah promo buy 2nd item for 50% less for watches,purses and wallets. orang beli jam macam beli ayam. so we bought ourselves a DKNY watch for her and an AX watch for him for below RM800 yeayy! and I bought myself a Fossil purse for only RM90 nak ganti purse yg dah dua tahun lebih pakai ni. actually purse tu harga RM120 but I bought two, one for me and one for Ada my roommie, total RM180 bahagi dua maka terjadilah penjimatan!

I know some of you might be confused, initially we agreed that we both buy our own stuff for hantaran and later exchange je. sama je value lebih kurang, tak payah pening2. hehe. cumanya gelang hantaran dia beli and in exchange I bought him his hantaran's watch. tapi mestila gelang hantaran 3 or 4kali ganda dari harga jam hehe. still considering on his wedding ring though.

oh ya, butik2 handbag aku tak masuk pun sebab dah ada handbag. and butik2 yg terang2an mahal macam Burberry, Ferragamo and Ermenegildo Zegna hehe. Coach aku tengok ramai gak masuk. memang tak plan nak masuk since aku memang tak minat Coach. Oroton and Michael Korrs pun ada sale hari tu. tengok wallet diorang RM250 je. tak tengok benda lain sebab aku memang fokus gila dengan barang yg aku nak beli.

hajat di hati nak angkat loafers Timberland as kasut hantaran aku tapi takde size la pulak. eh hello, Timberland sana dalam RM170 je kot.begitu kesal takde size. loafers ladies kat Pedro and C&K pun tak lawa sangat. so aku tak beli kasut.

for me JPO berbaloi nak shopping barang2 branded dengan harga yg sangat discounted and outdated season sikit. barang2 kat sana satu season terkebelakang. macam aku tak kisah sangat, outdated sikit je pun. kalau korang kisah pasal design terkini, JPO bukan tempat korang lah hehe.

dengan hasil2 yg telah dibeli, we were one happy couple!



-------------------------------------------------------------------

the next week after we spent lotsa money in JPO, I decided to finish off shopping for our hantaran stuff. so aku ajak Man gi Sogo survey/beli perfume,kebetulan masa tu ada sale perfume gila2 punya kat Sogo.

I was aiming for Givenchy Dahlia Noir with black lid. bau dia macam baby powder sikit. the last time I went to Sogo with my housemates, ada promo tau for this Givenchy, I remembered clearly harga dia RM245, set of perfume, lotion and a candle. this time I went looking for the Givenchy booth, makcik kerek yg jaga booth tu cakap,"mana ada Givenchy harga macam tu, I yg jaga Givenchy, memang takde promo gitu" dengan muka angkuh sekali.
mak ai kereknya kau ni makcik. I was sure about the price previously sebab kalau over than RM300 memang aku takkan target. Man dah berbulu dah dengan makcik tu walaupun adik salesgirl yg bawak aku ke booth tu janji nak bagi macam2 free gift. aku blah dari situ sementara nak buat keputusan. nak beli ke tak. sebab over budget. RM360 for 50ml and RM390 for 75ml. free gift diaa bercampur2 pulak. pouch jenama apa entah, shower gel yg 5ml tu Moschino pulak.

pusing2 kat ruang legar yg kat tengah2 Sogo tu, kat situ lagi macam2 brand perfume ada. jumpa kakak yg jaga booth Giorgio Armani, layan begitu bersungguh2 and memberikan pelbagai free gift. tersangkut jugak akhirnya, we both settled for Giorgio Armani sahaja. mine Acqua Di Gio harga RM260, Man's Armani Code RM340 sebab dia punya sekali dengan deodorant spray. both dapat pouch, lotion/aftershave, mini bottle 20ml and samples yg kecik2 tu. both sets belum packed as in nak letak atas dulang, kakak tu cakap later dah dekat datang je booth Giorgio Armani kat Sogo ni, tunjuk resit and they'll wrap for you. kalau wrap sekarang pun nanti koyak pulak.

memang aku target nak beli sebelum habis Xmas sales sebab masa ni je perfume nak ada discount pun. nanti CNY macam susah je nak ada perfume sale.haha. seronok tengok couple2 masing beli perfume. semua beli dua set. untuk hantaran lettew :P

and yes, with these perfumes, we were one happy couple once again.haha

-------------------------------------------------------------------

so for hantaran for me tinggal kasut and 2 item yg belum dikenalpasti. most probably cake and chocs kot. and for him, dia belum beli Al-Quran and gelang.

LIST HANTARAN:
For Her
1. Sirih Junjung
2. Gelang/Rantai Tangan & Mas Kahwin
3. Handbag
4. Kasut
5. Telekung & Sejadah
6. Perfume
7. Jam

For Him

1. Sirih Junjung
2. Jam
3. Kemeja
4. Kasut
5. AlQuran & Sejadah
6. Perfume
7. Jam
8. Cake*
9. Chocolate*

* - belum ditentukan



setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)


Dec 7, 2012

133 days to go.


awat makin laju aku tengok jumlah hari ni berkurangan.
macam baru je 150 hari tu.
less than 5months.

preparation statik.
tak tahu nak buat apa kat sini.
banyak benda tak boleh decide sendiri.BIG SIGH
padahal malam2 free je takde buat apa.
mungkin aku patut start buat bunga pahar DIY gitu.
or mungkin boleh DIY goodies.

so far, below are the things that I figure out that I can settle during my long (FORCED!) leave at the end of the year nanti.
semoga produktif hendaknya.



setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Nov 29, 2012

Marriage : A Little Bit Of Everything

masa kursus kahwin hari tu, Ustaz ada tanya, "apa matlamat anda berkahwin?"
terkedu sekejap aku. I don't have the exact answer. I was pretty sure 85% of the hall that day were as confused as I was hehe.

Marriage...
I believe marriage is a stage where you are completing your life.
You have gone through baby stage, toddler stage, kids stage, teenagers stage and now you're in the adult stage.
One part of the adult stage is getting married.
I am approaching that stage of life where people get married, if you know what I mean.
So now I'm completing my adult stage I'm currently in.haha.

Sejujurnya, aku rasa perkahwinan ni is a little bit of everything.
Cinta, Kasih Sayang, Agama, Tanggungjawab, Keluarga, Nafsu.

Cinta,
kebanyakan pasangan nowadays kahwin atas dasar cinta. susah lah nak cari yg kena kahwin paksa ni. kalau ada pun maybe kes minoriti. sama jugak macam aku. aku finally found the guy yg mencintai aku sepenuh hati dia, dan kami saling mencintai. dalam usaha untuk melestarikan cinta kami, maka kami berkahwin. apakah lestari pula ni?

Kasih Sayang,
bila bercinta, mestilah include kan kasih sayang. nanti bila dah ada anak2, maka kasih sayang tu pun berkembang dan bertumbuh dalam diri anak2 pulak.gituu

Agama,
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)

Baginda bersabda: “Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”. (Riwayat Al-Tabrani)


Perkahwinan/Pernikahan is a part of iman. Perkahwinan banyak membawa kebaikan dalam hidup muslimin dan muslimat. 
sebagai contohnya, perempuan yg sebelum ni tak menutup aurat, lepas kahwin tengok elok je berhijab, bukan kah bagus tu? kalau lelaki pulak, sebelum kahwin macam tak tentu hala, tengok2 lepas kahwin jadi lebih elok, bertanggungjawab and lebih menjaga pegangan agamanya :)

Tanggungjawab & Keluarga
aku combinekan tanggungjawab dan keluarga ni sekali sebab aku rasa semacam menjadi tanggungjawab aku melengkapkan hidup aku dan sekaligus melengkapkan hidup keluarga aku. 
Sebagai anak sulung aku rasa bertanggungjawab untuk kurniakan menantu pertama dan cucu-cucu untuk parents aku, plus kurniakan anak-anak menakan untuk adik-adik aku.ye,memang aku fikir sampai tahap tu.
when I brought fiance home for the first time, you should see how happy my parents were.they even addressed themselves as 'Mama' and 'Abah' to fiance haha.mungkin dalam hati depa like,"ada jugak orang nak kat anak aku nih" LOL.
and paling cute bila adik2 tak sabar nak jadi uncles and aunty.yg belah Man lagi best, adik ipar cakap,"ooo nanti Abang akan jadi Pak Ngah la kan?".
woo woo relax adik2.haha
Parents were so happy they can finally organize a wedding ceremony for their daughter and they finally can invite their friends to their first kenduri ever.hehe. no more soalan, "Mid, hang bila lagi nak buat kenduri?"
I'm glad I can make them happy before aku berpindah hakmilik.choii.sedih pula ni.

Nafsu,
Ah, takkan la yang ni pun akak nak kena terangkan dek non? haha. oklah, semua orang mempunyai nafsu.nafsu makan,nafsu tido,nafsu shopping dan nafsu terhadap jantina yang berlawanan. tipu lah cakap masa couple or tunang takde rasa 'geram' kat pasangan masing2 kan? so untuk elakkan kita melakukan lebih banyak dosa, maka kita berkahwin lah untuk menghalalkan perhubungan. Lepas kahwin, buat apa pun pahala tau. gituu.

________________________________________________________

Bila dah tau matlamat, kita kena la berusaha untuk mencapai matlamat itu. Jangan pasang matlamat je sampai ke tua.hehe.
InsyaAllah, aku harap aku dapat carry out those matlamat yg aku dah tetapkan dalam hati aku.
and Alhamdulillah having such a wonderful other half, aku sangat bersyukur sebenarnya. beliau memang sangat menyenangkan hati, mudah to talk to and paling tidak merungut sekali. tak pernah lagi dia complaint "susahlah nak kahwin ni", yg tunang dia ni selalu sangat dah.haha.dia selalu complaint pasal Maxis telan kredit dia je hehe.


Bagi aku, kahwin untuk mengelakkan maksiat, perkara yg kurang tepat. tak salah, tapi tujuan tu macam dah kurang strong dah.
there's more to marriage than just having sex. a lot more when we decided to have kids.
waking up to the one you love, tau ada someone yg akan jaga kita, sayang kita dan keluarga kita, risaukan kita is something indescribable in one word MARRIAGE sahaja.
it's a little bit of everything :)

looking forward to this marriage, may it always be blessed, InsyaAllah.



setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)


Nov 28, 2012

Kesedaran Tentang Kesihatan & Kecantikan

semenjak dua menjak nak kahwin ni, aku sangat concern pasal kesihatan dan kecantikan aku.
to be honest, mestilah pasal kecantikan yang kita lebihkan, kan?

dulu boleh bersiap nak pergi kerja without even looking at the mirror pun. sekarang ni, serba serbi aku belek depan cermin. bila kita dah makin teliti, makin banyak lah flaw yang kita jumpa kat diri sendiri.

parut, dark skins and dry skins are everywhere suddenly.
perlahan-lahan aku googled up supplements and creams or gels to repair my skin.
try jugak cari supplement tapi mostly semua mahal2, I can't afford expensive one while I'm saving for my wedding kan?
and I also bought some creams to repair my skins.
lately muka senang sangat naik jerawat and the pimple left such ugly dark spots. jerawat tu sudahlah satu hal, kesan jerawat tu satu hal lagi nak hilangkan.
and all those dark areas and I need to lighten up, sheesh, so much work to be done.
susahnya jadi perempuan.haha.padahal dulu tak pernah kisah pun.haha

below are the products I purchased recently once dapat gaji:




1) Cherry Pink Lip Cream from Cosway. (RM22.50 Member's Price) - LINK
Function : to repair lips, make lips more pink and lighter. it also fades darkened nipples naturally with continuous use
a high-school friend suggested me this product, dia cakap berkesan, so let give this a try.basically produk ni akan mencerahkan 2 bahagian tubuh kita dan juga menjadikannya lebih naturally pink. so yeah. dah tau kan fungsi utamanya untuk apa?haha

2) L’élan Vital Intense Skin Lightening Cream by Cosway 
(RM29.90 Member's Price) - LINK
Function : The Perfect Solution for Improving the Appearance of Hyperpigmentation, Freckles, Sun Damage, Age Spots, Acne Spots, Raised Scars, Dark Patches, Bikini Line, Hand Spots, Elbow Spots, Cleavage Spots, Ankle Spots, Knee Spots, Underarms Spots, Post Pregnancy Spots and any other dark spots on your body
this one aku nak try pakai for celah-celah pelipat yang macam gelap sikit tu. sebenarnya tak berapa obvious pun tapi I just wanna be perfect for my husband nanti :)

3) BWhite Supplement (RM45 kat stall2 jamu.mungkin boleh dpt lg murah sampai RM42) - LINK
Function : to repair skin from within. kurangkan kulit berminyak, kurangkan jerawat and cepatkan pemulihan parut jerawat as I read in the testimonials online.
aku pilih yang ni sebab banyak positive review and it is quite cheap. mampu milik la. RM45 for 14 sachets of 3grams. 1 month punya supply more or less dlm RM90 la.
and my uni-mate cakap, dia pernah makan, and during that period, muka dia less berminyak and kulit muka rasa glowing.
ni hari kedua aku makan BWhite ni.senang je, telan serbuk then minum air kosong secukupnya.


4) Mederma (mahal weh sampai RM40.90) - LINK
Function : clinically shown to improve the overall appearance, color and texture of scars, making them softer, smoother and less noticeable. Work for old and new scars from cuts, surgery, acne or burns.Are from the #1 doctor and pharmacist- recommended brand for scars
since banyak jerawat tumbuh kat muka aku sekarang, I need a product to lightens the acne scars. stress betul, tinggal parut2 hitam pulak kat muka aku ni. previously aku pakai HirusScar. tube kecik 5gram tu tahan dalam sebulan. not bad, nampak la makin fade parut aku, I just wanna try Mederma ni, kalau tak berkesan macam HirusScar, aku akan kembali menggunakan yg tu. Mahal kot Mederma ni, kalau tak berkesan taktau nak kata apa. huhu.

aku baru sangat2 beli products ni, baru pakai dalam 3 hari, belum nampak kesannya lagi. InsyaAllah akan direview kalau aku perasan ada kesan. haha.


___________________________________________________________

okay ni cerita lain. tapi berkait dengan kesihatan jugak
walaupun aku ni Girls' School dari form1 - form 3, aku masih belum dapat Rubella vaccination aku. seingat aku, masa form 3 dapat satu jab aje, and I have checked my buku rekod kesihatan yg color dark blue tu, yg aku dapat adalah vaccination Anti-Tetanus (anti - kancing gigi)

Rubella basically vaccination yang kita kena ambik sebelum kita mengandung to protect us from Rubella virus masa mengandung.

read about Rubella HERE

I came across this Consultant Obstetrician and Gynaecologist's blog, Dr. Suhaimi. terlintas di hatiku nak bertanyakan pasal suntikan Rubella ni. so, I dropped a comment. semangat aku nih!

Question : 
"salam doktor,
sorry maybe saya salah topik but i couldn't find your email anywhere in this blog
i would like to seek your advise regarding rubella.i am getting married next year and i'm a bit concerned since i haven't got my rubella vaccination yet.
rubella was supposedly given during form 3 but according to my buku kesihatan,the only jab i received during form 3 was anti-tetanus.
where should i get and when should i get vaccinated referring to my condition above?
thanks doc!"

Answer : 
"Memang rubella diberi masa form 3. Kalau anda miss cuba cari di kelinik GP atau hospital swasta. Kalau tak ada juga berjumpa dengan kelinik kesihatan kerajaan. If u cant find it no need to worry too much. It is very rare to get rubella infection."

ohho...begitu ke? tapi demi protection dan keselamatan, advisable pergi la ambik jab tu ye. pergi je klinik swasta biasa then claim la dekat company ye dok?

teringat cerita cikgu Biologi aku dulu, dia cakap dia memang sengaja refused for Rubella jab sebab dia nak husband dia sendiri bawak dia pergi cucuk nanti. haha. sweet but dangerous. buatnya lupa? hehe. nasib baik ingat, dah anak dua dah pun, masa tu la. sekarang tak pasti hehe.

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)

Nov 7, 2012

Kursus Kahwin


weekend lepas aku menghadiri Kursus Kahwin di Wani Pesona dekat Setiawangsa.
Alhamdulillah, lengkap dah satu step lagi.banyak jugak info yg kami dapat especially pasal hal2 rasmi dan jugak sedikit bayangan bagaimana kehidupan rumahtangga akan bermula.
pada pendapat aku, elok pergi berdua dengan pasangan, especially tunang. pergi dlm 3-6months before majlis aku rasa just nice so that nanti bila dah kahwin boleh cakap kat husband/wife "Ingat tak apa ustaz tu cakap masa kursus kahwin hari tu?" haa gituu.

sedikit points yg aku boleh share kat sini.yg mana aku ingat and yg aku rasa penting.
sila matang dlm membaca points, kalau sebut pasal seks pun malu, sukar sedikit lah nak kahwin kan hehe.

1) bab Wali jangan diambil remeh.kita kena tahu susunan wali.bagi yg masih ada ayah, Alhamdulillah, maybe tak sukar melainkan ayah awak taknak walikan awak.yg lain, kena tahu wali meninggal and wali hilang.bila masa nak ambik adik beradik lelaki jd wali, and bila masa nak ambik wali hakim.check jangan tak check okay.

2) seks adalah penting dalam rumahtangga.banyak kali jugak ustaz2 tekankan soal ni.lelaki sekurang2 nya harus melakukan hubungan seks 3hari sekali.dinasihatkan 3bulan pertama perkahwinan, kekerapan seks adalah 3kali sehari.gulp!pingsan.bila masa tu nak buat?tak letih ke? -___-"

3) komunikasi pun sangat penting dlm perkahwinan.jangan ms bercinta saja gayut 8jam sehari, lepas kahwin tak bercakap sampai 8minggu. komunikasi termasuk lah verbal dan juga non verbal.contohnya tengok husband kerut je dah tau dia ada masalah apa.macam husband tengok wife macam bad mood je,faham2 lah dia tengah PMS.gituu

4) CERAI.jangan main dengan perkataan ni.senang cerita jangan terlintas di hati pun lah.husband jangan sesekali sebut, wife jangan sesekali kali provoke/cabar husband. cara nak praktis, jangan amalkan mintak putus dalam current relationship :)

5) Memasak,mengemas,basuh baju,jaga anak,bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. tapi disebabkan kitorang ni baik hati kitorang buat la jugak.tak cakap pun taknak buat, just mengharapkan bantuan dari suami especially bila dah ada anak nanti memandangkan kitorang isteri2 ni pun mostly berkerjaya.tak gitu?

6) dua ustaz tekankan pasal ni,jangan sesekali bergaduh depan anak.kalau tengah bertengkar/bergaduh,kalau anak tiba2 datang, stop immediately. berlakon ke apa ke, whatever it takes janji not in front of your kids.

7) One more thing about wali fasik.Fasik means yg jelas dan nyata terlibat dengan dosa besar macam berjudi,zina,minum arak mahupun syirik.kalau wali yg kita hendak lantik tu tak nyata,jelas dan secara terang2an terlibat dengan dosa besar,sebelum akad nikah tu wali hendaklah beristighfar dan mengucap 3 kali.pengantins, saksi pun boleh sama join istighfar dan mengucap.sesungguhnya kita pun tak lekang dari dosa :)

8) jarak antara anak adalah seelok2nya 3tahun. the calculations goes like this:
- mengandung 9bulan
- pantang 2bulan
- menyusukan anak 24bulan
total semua 35 bulan sama dengan 2tahun 11bulan or 3tahun lah senang cerita.so jangan rushing nak beranak,beranak dan beranak.'kilang' dia kita kena jaga.well, bagi aku, aku pentingkan quality dari quantity. biar sikit tapi semuanya jadi orang, jangan separuh jadi orang separuh jadi beruang hehe

9) dan ustaz ada jugak menyatakan, isteri berhak ke atas duit suami, tapi duit isteri adalah kepunyaan beliau sepenuhnya, melainkan beliau nak bagi kat awak la kan. makan, pakaian, tempat tinggal semua tanggungjawab mutlak suami.wajib belikan pakaian baru 6bulan sekali tapi seelok2nya sebulan
sekali.ehem! hahaha

10) kursus jugak ada menerangkan tentang dokumen2 yg perlu untuk proses permohonan nikah secara general.kalau korang kawen satu negeri,mudah.kalau awak asal Penang, tapi dah kerja kat KL lebih 3bulan, so awak boleh apply kat JAIPP and JAWI, janji wali awak datang sekali masa awak apply. so macam aku, Father kat Penang, nak nikah pun kat Penang, better mohon kat Penang je.
macam lelaki Selangor, kalau nak buat permohonan, kena bawak dua orang saksi.negeri lain tak payah.
hah, benda2 details macam ni yg kita banyaknya kurang arif dan mengakibatkan dokumen tak lengkap lalu kena ulang2 ke Pejabat Kadi.

11) 5tahun pertama perkahwinan adalah yg paling mencabar sekali and peratusan penceraian adalah mencecah 30% dalam tempoh ini tiba2 aku rasa aku mcm hos Wanita Hari Ini pulak.sebab tu tak ada nasihat lain selain,"bila dah kahwin ni,kena banyak2 sabar.kena kurangkan tolak,banyakkan ansur"

antara point2 lain yg aku nak share secara general adalah bila dah kahwin ni, kita kena bersedia untuk berubah, bersedia menerima perubahan dan bersabar dalam nak tunggu pasangan berubah.

the situation is like this,pasangan kita dah 26tahun hidup dengan gaya hidup dia sekarang, kita pun dah biasa hidup dengan gaya hidup kita sekarang, nak adapt hidup berkeluarga mungkin ambik masa sikit.depends atas individu.

macam aku,Mother dah biasa biarkan aku layan tido sampai tengahari,kadang2 dia biar sampai petang.sebab dulu katanya,aku dah puas bangun awal kat asrama,kesian, bagi la can dia nak bangun lambat,gitu.
macam tunang, sepanjang aku kenal dia, hujung minggu dia memang bangun awal, breakfast semua dulu, then baru kalau dia nak nap tengahari tu dia nap.

so kalau dah kahwin, aku tak boleh la nak bawak perangai aku yg tido sampai tengahari tu ke alam perkahwinan kadang2 takpe la, and suami aku nanti pun kena la paham kadang2 aku memerlukan tido sampai ke tengahari tu.
dan mcm aku, kena la paham suami ni jenis yg makan breakfast, so kena la bangun awal sediakan breakfast, then sambung la tido semula dengan suami.HAHA.

this is one of the adaptation situations yg kita perlu lalui rasanya.dan mungkin terlalu banyak yg kita perlu adapt lagi.so lepas kahwin pakat2 la kita berubah menjadi adaptor! haha.

antara sedikit sebanyak yg aku boleh share dari pengalaman aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan. kalau nak tau lebih lanjut, hadirilah sendiri ya! lagipun kalau nak kahwin, wajib ada Sijil ni tau. all the best!


yeay dah boleh kahwin.tapi sijil minggu ni baru nak ambik.huhu

setakat ni sahaja update untuk kali ni.
doakan perjalanan kami menuju halal dipermudahkan :)